Tuesday, November 18, 2008

BAHTERA HAMBA



Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Dilaut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi kedasar dosa

Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera kepulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa

Kala tiba kepantai putih hamparan pasir permaidani
Terlentang luas rahmat dan kasih sayangmu
Kembali bertawajuh dipulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan

Di taman itu jiwa bersemadi
Jernih danau nurani bersih berwudhuk
Air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan telah
Menhijrah akan diriku
Kebawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukmu

Friday, November 14, 2008

ROBOT



SALAM,

Agak jarang menulis..penulis berfikir banyak kali untuk menghasilkan tulisan,takut tulisan yang dihasilkan membawa kelalaian kpd pembaca, kepada Allah juga penulis berlindung. moga-moga tulisan yang tidak seberapa ini memberi manfaat kepada pembaca.

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi penyayang.dan dengan izin dan kusasaNYA ana mampu menggerakakan jari-jari ini untuk menaip key board,menyusun huruf satu persatu dan akhirnya membentuk beberapa ayat-ayat dibawah :)

Tengok video robot ni teringat bisnes idea ana dengan 2 orang sahabat ana,,untuk subjek keusahawanan teknologi..waktu tu semua group kena buat kertas kerja dan wat projek ke Danga bay (tempat reakreasi).ana dan sahabat group ana pun menetapkan satu tarikh untuk mulakan interview pengunjung danga bay,projekni memerlukan kami interview 40 orang,bil lelaki dan perempuan mestilah sama banyak,kena amik gambar,video pula sebagai bukti yang kami benar-benar pergi ke Danga Bay..tujuanya untuk mencari kelemahan dan kelebihan Danga bay,kena create satu idea lagi untuk hasilkan satu produk yang konon-konon diperlukan oleh pengunjung danga bay.sudah berminggu tp idea tak tercetus juga.Pensyarah ana nak idea yang orang lain tak pernah buat and tak pernah terfikir diminda,senang cerita (blue ocean),awal-awal dah dapat warning tak boleh idea tiruan(red ocean). Akhirnya satu malam ditakdirkan Allah ana diberikan ilham untuk memilih tajuk ROBOT PENCEGAH MAKSIAT, robot yang boleh mengesan DNA dan jantina manusia dan akhir sekali boleh mengesan maksiat yang berlaku dan bertindak menggari para pelaku maksiat then robot ada link dengan jabatan Agama,kemudian jabatan agama pun bertindak.emm idea ni tercetus sebab masa ana sampai ke Danga Bay agak menyedih kan susana ceria dihiasi pasangan-pasangan merpati 2 sejoli yang sedang leka,hanyut berDATING dek mangikut telunjuk syaitan laknatullah dan menjadi HAMBA KEPADA NAFSU ketahuilah bahawa musuh yang terdekat adalah hawa nafsu dan syaitan.THE MORAL OF STORY SENTIASALAH BERINGAT BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA ADALAH HAMBA ALLAH BUKAN HAMBA KEPADA NAFSU,SIAPA YANG MENGIKUTI KEHENDAK NAFSUNYA SEMATA-MATA ,MAKA BERTUHANKAN NAFSULAH DIA DEK KERANA MENURUT SEGALA KEHENDAK NAFSU. Sebenarnya syaitan dah bersumpah akan menyesatkan anak cucu adam..emm bukan alang-alang sumpah sisyaitan ini, syaitan itu sangat licik dan menggunakan setiap penjuru untuk menyesatkan kita.

Namun begitu betapa sayangnya Allah terhadap kita telah jelas peringatan Allah kepada kita didalam al-quran yang bermaksud : sungguh syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh,kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penhuni neraka yang menyala-nyala.(surah FATIR :ayat 6) ana sambung cerita lagi, ana nak kongsi cerita sedih kertas kerja robot pencegah maksiat group ana tidak berjaya masuk final bertanding , sekadar mendapat sijil, sedih kan.huhu :(

Tapi Bila difikirkan semula sebenarnya bukanlah tugas robot untuk mencegah maksiat, tetapi kitalah sebagai manusia,didalam surah ali imran ayat :110 kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,kamu menyeru kepada ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman keapada Allah swt,

Hadith nabi : barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, apabila tidak mampu maka dengan lidah,sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hati dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman (RIWAYAT MUSLIM ).
Persoalanya sampai bila kita berada diperingkat yang ketiga hanya membenci didalam hati.diakhir zaman ini dikatakan iman kita senipis kulit bawang atau pagi beriman petang kufur (nauzubillahiminzalik).

sejauh mana kita mencegah kemungkaran??adakah cukup bagi kita sekadar mengajak orang buat kebaikan namun bila melihat kemungkaran seakan buat-buat tak nampak (just membenci dlm hati),ada juga yang berfikir kadang-kadang klu boleh mahu saja jadi macam kura2 kepala dimasukkan kedalam,bila berjalan diluar sana dimana kanan,kiri,depan,belakang maksiat berleluasa.adakah iman kita tidak meningkat?? sekadar di dalam ruang lingkup selemah-lemah iman.??.setiap hari macamtu?? takutnya memikirkan hal ini.berapa kerat orang yang hendak melakukan hisba dbumi tua ini yang..sedihnya dizaman fitnah ini.sekadar perkongsian dan peringatan buat diri yang serba dhoif lagi hina disisi tuhan,dan perkongsian buat pembaca yang singgah ke blog yang tak seberapa ini..segala yang baik datangnya dari ALLAH swt, dan sgala kelemahan dtngnya dari Allah atas kelemahan ana yang serba lemah lg kerdil ini.

p/s :emm perhatikan betul-betul video Robot diatas pesanan ringkas :

Pertama :Jangan ikut cara sujud,duduk tahiyat akhir robot x betul(sama-sama kita usaha mertingkatkan kualiti ibadat kita.)

Kedua :Jangan ikut robot tak baca doa dan zikir selepas solat,(jangan sombong dengan
ALLAH,orang yang tak berdoa dikira sombong sebaliknya,tawajjuh rendahkan diri dan
berdoalah dengan tenang.

Ketiga :Jangan ikut robot lepas selesai solat dia tepuk tangan bangga diri,sebaliknya
selalu la merasa takut-takut kalau-kalau ibadat kita tidak diterima,namun ambillah peluang Doa banyak-banyak supaya Allah terima ibadat kita sesungguhnya Allah maha
pengasih lagi penyayang.stu lagi ALLAH maha sempurna lagi menyempurnakan,mintalah
supaya Allah sempurnakan ibadah kita dengan baik.

setakat ni dulu perkongsian ana :)

Monday, November 10, 2008

Moga kestabilan negara, ketenteraman rakyat tidak terjejas

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Thu | Oct 09, 08 | 3:53:03 pm MYT

PAS mengikuti dengan penuh teliti perkembangan terbaru yang melibatkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.
Iklan

Walau bagaimanapun PAS menganggap bahawa keputusan Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan lebih sebagai suatu masalah dalaman bagi parti tersebut.

Saya berharap agar dalam tempuh peralihan ini Perdana Menteri akan berjaya melakasanakan inisiatif-inisiatif memperkukuhkan institusi negara yang sedang diusahaknnya itu iaitu menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diberi mandat dalam pelantikan hakim, membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Di samping itu, inisiatif untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial agar rakyat yang miskin dapat dibantu juga ditunggu-tunggu.

Sekurang-kurangnya dengan terlaksananya inisiatif-inisiatif ini beliau akan berjaya meninggalkan jasa yang boleh dikenang oleh rakyat dan negara dan tidak membiarkan masalah-masalah ini berlarutan sehingga diwarisi pula oleh sesiapa juga pewarisnya nanti.

PAS berharap agar proses peralihan kuasa ini akan berjalan dalam suasana yang baik dan lancar tanpa menjejaskan kestabilan negara dan ketenteraman rakyat.

Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)._

Salahuddin dengar sendiri BTN tuduh Presiden PAS pengkhianat??

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Nov 11, 08 | 12:11:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.
Iklan

"Ketika sedang berlangsung salah satu ceramah semasa latihan tersebut, salah seorang pesertanya diam-diam menelefon saya dengan telefon mudah alihnya dan membiarkan talian tidak dimatikan untuk membolehkan saya mendengar ceramah itu.

"Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara," kata beliau.

Baru-baru ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengulangi pendedahan mengenai perkara itu setelah beberapa kali mendedahkannya.

"Nama Yang Berhormat Permatang Pauh (Anwar), nama Yang Berhormat Ipoh Timur (Lim), nama Yang Berhormat Marang (Tuan Guru Presiden PAS), nama saya dianggap sebagai subversif, pengkhianat negara. Orang merbahaya kepada negara.

"Jadi saya tidak faham mengapa ini boleh berlaku di samping fakta-fakta yang lain kalau saya dedahkan tentang ada modul yang mengapi-apikan perkauman dalam negara kita ini. Inikah dia negara yang kita hendak bina?" kata Salahuddin.

baca lagi

Sunday, November 2, 2008

MINGGU EXAM.....


SALAM IMTIHAN....

YA ALLAH PERMUDAHKANLAH BAGI KAMI MENGHADAPAI PEPERIKSAAN DUNIA DAN PEPERIKSAAN AKHIRAT.AMIIN....

Tuesday, September 23, 2008

RAMBUT,MANGKUK DAN MADU...

Assalamualaikum w.b.t.

Kisah dan Tauladan.. Mangkuk yang cantik, Madu dan sehelai Rambut Pada suatu hari Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabat baginda iaitu :
Saidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah
SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu DHidangkan, sehelai rambut terikut di dalam manguk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a. berkata:
"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang antik ini,orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih
susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, :
"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,
seorangraja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata:
"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lbih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali
pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata:
"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan
mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata:
"seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata:
"menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta,dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku
adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


moga-moga ada imbalan dan pengajarannya...Insya-Allah

DA habis baca terkesan tak dihati??? kalau kita rujuk semula kisah diatas fatimah turut sama dalam memberi pandangan mengenai mangkuk,madu dan rambut tersebut, fatimah juga seorang perempuan sama seperti kita..namun sejauh mana kita menyumbang atau melibat kan diri untuk meletakkan islam ditempat yang tinggi????????? apa usaha yang kita lakukan untuk memastikan islam berada di tempat yang sepatutnya.berapa ramai wanita diluar sana yang tidak mahu dan tidak mengambil tempat untuk bersama-sama mempertahankan usaha untuk agama, apa usaha kita??...wahai insan yang bergelar wanita jom kita pakat ramai-ramai aktifkan diri dgn islam disamping menarik sahabt2 kita yang bergelar wanita untuk bersama kita.stakat ni dulu
nanti ana sambung cite lagi..

Sunday, September 21, 2008

I luv Ramadhan


masjid sultan ismail(msi)

Salam....

Lama terbiar blog ni,betul2 masa yang ada rasa x cukup mungkin kelemahan ana dalam pengurusan masa yg Allah kurniakan 24 jam sehari sampaikan x sempat nak post sesuatu:(hu.hu.apapun hari ni ditakdirkan ALLah swt ana menulis sedikit sekadar perkongsian buat pembaca, baru-baruni ana dan sahabat ana pergi cafe berdekatan dgn kolej kami,..untuk beli makanan berbuka puasa,hari tersebut ana tak dapat berbuka puasa di MSI(masjid di kampus ana)bila sampai counter nak bayar tiba-tiba akak yang menjual tu cakap tak payah bayar,kami terdiam kaku sekejap,kemudian serentak mengeluarkan khalimah suci dari bibir subhanallah dan alhamdulillah,terus berdoa supaya geraitu dimurahkan rezeki, tak sangka pula kami orang pertama masatu, agak awal juga kami beli buka puasa sebab tak nak ulang alik, akak tu maklumkan pada kami setiap orang pertama yang sampai ke gerainye akan dapat free sempena bulan Ramadhan,cuba bayangkan dalam sebulan ada 30 hari dan dia bersedeqah sepanjang bulan ramadhan ni tentu pahala yang berganda Allah berikan untuknya kan jika disertakan dengan niat ikhlas semata-semata kerana Allah,berbeza dengan suasana dibazar selalunya orang yang terakhir berbelanja akan mendapat makanan free sebab banyak jualan tak laku,belaku banyak pembaziran itulah bazar,bazir pasti dan pasti akan berlaku disana,teringat dalam buku yang ana baca I LUV RAMADHAN tajuknye,salah satu tajuk kecilnya nya BAZAR ATAU BAZIR? the moral of story jangan membazir kerana membazir itu sahabt syaitan.apa yang seronoknya kalini, sejarah dalam hidup ana ramadhan tahun ni ana tidak pernah berkunjung ke Bazar ramadhan walaupun sekali..bila terkenang kehidupan sebelum ni analah orang yang paling rajin bila di ajak ke bazar ramadhan :)oleh abg2 dan kakak2 ana.tidak lagi untuk kalini..ana cuba belajar untuk membuang sifat-sifat kemanusiaan yang ada dalam diri. alhamdulillah perut lebih selamat, lebih terjaga dengan berbuka di MSI(masjid di kampus ana),solat pun lebih tenang dan selesa.pejam celik tak sedar kita dah masuk fasa ke tiga dalam bulan ramadhan(dibebaskan dari api neraka), sama-sama kita menjadikan 10 malam terakhir ramadhan ini sebagai madrasah yang paling baik untuk kita lakukan perubahan dalam hidup kita,jika tidak mampu banyak biar sedikit yang penting istiqomah dalam melakukan.gunakan peluang ini sebaik mungkin sama-sama kita jihad mencari malam yang penuh keberkatan yang perlu kita cari iaitu malam AL-qadar.peluang ini mungkin datang sekali kita tidak pasti dimasa akan datang adakah kita mempunyai jodoh untuk bertemu dengan ramadhan lagi atau sebaliknya kita telah bertemu dengan Allah dengan bekalan yang kita bawa terlalu sedikit.nauzubillahi min zalik
dalam satu hadis dinyatakan : Telah diriwayatkan dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa dia bertanya, "Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?" Beliau menjawab,

"Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha. Sanadnya sahih),

sekadar ini dulu perkongsian dari ana semoga kita tergolong dalam orang-orang yang mendapat kecemerlangan dalam ketiga-tiga fasa ramadhan yang kita lalui ini (1.kerahmatan,2.keampunan(maghfirah),3.dibebaskan dari api neraka).amiin ya ALLAH.

Malam lailatul Qadar

Keutamaan Lailatul Qadar sangat besar kerana malam tersebut menyaksikan turunnya al-Qur'an al-Karim, iaitu kitabullah yang menjadi petunjuk bagi mereka yang berpegang dengannya kepada jalan kemuliaan dan mengangkat ke darjat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak perlu mengguna pakai tanda-tanda tertentu dan tidak pula memasang lampu-lampu pelita untuk memperingati malam ini, akan tetapi mereka wajar untuk berlumba-lumba bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Berikut ini adalah di antara keutamaan malam Lailatul Qadar berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

1. Keutamaan Lailatul Qadar (Malam al-Qadar)

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan dan merupakan malam yang diberkahi, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur'an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar." (al-Qadar, 97: 1-5)

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yagn penuh hikmah:

"Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (ad-Dukhan, 44: 3-6)

2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)

Imam asy-Syafi'i berkata, "Menurut pemahamanku, wallahu a'lam, Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, "Adakah kami mencarinya di malam ini?" Beliau menjawab, "Carilah di malam tersebut"."

Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis 'Aisyah radhiyallahu 'anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:

"Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sehingga terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/221) dan Muslim (1165))

"Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir."

Telah diketahui di dalam as-sunnah, pemberitahuan ini wujud adalah kerana pada masa itu berlaku perselisihan di antara para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu 'anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:

"Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima)." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Telah banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadis yang pertama sifatnya umum, manakala hadis kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan ada beberapa hadis yang lain turut menjelaskan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan dan yang ini terikat kepada yang mengalami ketidakmampuan dan kelemahan, sehingga tidak ada masalah. Makanya, di sini hadis-hadis yang berkaitan adalah saling bersesuaian dan tidak bertentangan.

Kesimpulannya, jika seorang muslim ingin mencari Lailatul Qadar, maka carilah ia pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya tidak berupaya mencarinya pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam-malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a'lam.

3. Bagaimana Mencari Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi. Oleh kerana itu dianjurkan bagi kaum muslimin (agar) bersemangat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap pahala-Nya yang besar, jika telah berbuat demikian niscaya akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Barangsiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/217) dan Muslim (759))

Disunnahkan untuk memperbanyakkan do'a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa dia bertanya, "Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?" Beliau menjawab,

"Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha. Sanadnya sahih)

Semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kita dalam usaha mentaati-Nya. Berdasarkan beberapa penjelasan tadi, maka kita telah mengetahui serba sedikit bagaimana keadaan Lailatul Qadar dan keutamaannya untuk berusaha mendapatkannya. Maka wajarlah kita berusaha untuk bangun (menegakkan ibadah, solat, dan berdoa) pada sepuluh malam-malam yang terakhir. Bersungguh-sungguhlah dalam menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi hubungan suami isteri. Juga perintahkanlah kepada keluarga kita untuk tujuan yang sama iaitu memperbanyakkan perbuatan ketaatan.

Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha:

"Adalah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam apabila memasuki sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau memperkuatkan ikatan kainnya sambil menghidupkan malam tersebut dan membangunkan keluarganya." (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))

Juga dari 'Aisyah radhiyallahu 'anhu, dia berkata:

"Adalah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam bersungguh-sungguh (dalam beribadah) apabila telah masuk sepuluh malam terakhir yang tidak beliau lakukan pada malam-malam pada bulan selainnya." (Hadis Riwayat Muslim (1174))

4. Tanda-Tandanya

Mudah-mudahan Allah membantu kita dengan pertolongan-Nya dalam memahami datangnya malam al-Qadar. Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam menggambarkan (menyifatkan) paginya Lailatul Qadar agar seseorang muslim dapat mengetahuinya.

Dari 'Ubai radhiyallahu 'anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi." (Hadis riwayat Muslim (762))

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu ia berkata, "Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, dan beliau bersabda:

"Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk)." (Hadis Riwayat Muslim (1170). Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi 'Iyadh berkata, "Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan")

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan." (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

sumber : http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Sunday, September 7, 2008

hijau



Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-'Araf : 144) "
Tidakkah anda merasa gembira dan bahagia dengan Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri,mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui.(ALI-Imran: 135)

Saturday, September 6, 2008

Beratnya ujian ALLAH swt...


hidup ini tidak sempurna tanpa ujian dr ALlah swt...



"Solehah women smile in times of trouble, gather strength from doa, and grow braver by istighfar and solat"


ya Allah jadikan seluruh hidupku menjadi satu ibadat berterusan kepadamu ya ALLAH,masukkan kebesaranmu kedalam diri hamba mu ini yang serba lemah dan keluarkanlah kebesaran makhluk yang ada dalam diri hamba yang lemah...

fitrah kehidupan sebagai hamba,akan dihujani pelbagai ujian,persoalanya sejauh mana kita menerima ujian tersebut sebagai tarbiyah berterusan dalam diri..erm bila mula-mula diturunkan ujian kdg kita cepat sedar cth dlm bentuk kesusahan sesuatu yang berat untuk dihadapi, tp kadang juga kita langsung tak sedar bilamana Allah turunkan ujian tersebut dalam bentuk kesenangan atau nikmat cth harta kekayaan,anak bini kemewahan dan yang sewaktu dgnnya..apa yang nak dikongsikan kepada pembaca ingatlah bahawasanya Allah tidak membebankan kita sesuatu yang tidak mampu kita hadapi rujuk SURAH AL_BAQARAH AYAT 284-286. dan teringat lagi satu ayat surah AL-ANKABUT ayat 2 : yang bermaksud- apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan " kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

so pada ana ujian adalah sebahagian dalam kehidupan kita dengan adanya ujian ,menjadikan kehidupan kita lebih bermakna bagi orang-orang yang mahu menggunakan ujian tersebut sebagai batu loncatan atau peluang untuk menjadi hamba yang lebih taqwa/baik dimasa akn datang..sentiasala bersangka baik terhdap Allah swt.moga-moga Allah swt memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNYA. n the most important don't be sad.InsyaAllah setelah kesulitan pasti ada kemudahan, actually didalam kesusahan terdapat kemudahan :)rujuk surah AL-insyirah ayat 5-6 : yang bermaksud maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
banyakkan bersabar kerana sesungguhnya bersabar itu sesuatu yang INDAH..setakat ni dulu dr ana.

and last sekali skdr nak kongsi: kalau merasa sedih bacalah buku ni LA TAHZAN tajuknye..penulis :Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Penawar hati

surah AL-Baqarah : 284-286

Surah Al-Baqarah, Ayat 284

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 284)



Surah Al-Baqarah, Ayat 285

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 285)



Surah Al-Baqarah, Ayat 286

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 286)

Friday, September 5, 2008

pesanan

Oleh : Ibnu Omar Al-Irsyadi
Moderator KampusNegara. net

Sesungguhnya kecintaan kepada Jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku.
Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju kematlamatnya.

Sesungguhnya membiarkan umat Islam disembelih diatas muka bumi ini dengan hanya kita mengeluh sambil berkata : “ LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH” atau hanya dengan mengucap : “ INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN” dan hanya melepaskan geram ditangan dari jauh tanpa menjuruskan perasaan tersebut kepada satu perancangan yang rapi untuk menghadapi permasalah tersebut, Hanyalah satu kepura-puraan terhadap agama Allah dan suatu kelucuan perasaan yang hambar serta dusta yang telah sekian lama menipu diri sendiri dari segenap sudut.

Aku tidak nampak apa-apa perbezaan diantara mereka yang meninggalkan peperangan pada jalan Allah (Jihad) dengan mereka yang meninggalkan sembahyang, puasa dan zakat.

Sesungguhnya aku melihat bahawa tiada satu amalan pun yang dapat menampung kekosongan kewajipan jihad yang ditinggalkan itu walaupun ianya bernama dakwah, tarbiyyah, tulisan dan sebagainya.

Barangsiapa yang bertemu dengan Allah (Mati) tanpa senjata ditangan mereka maka sesungguhnya mereka bertemu Allah dalam keadaan berdosa kerana meninggalkan “qital” melainkan orang-orang yang ada keuzuran syar’i.

Aku melihat bahawa mereka yang diampunkan oleh Allah SWT sekiranya meninggalkan Jihad hanyalah : oran buta, orang cacat, orang sakit dan orang-orang yang lemah (Mustadh’afin) samada dari kalangan lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak dimana mereka itu tidak ampu untuk berjihad dan tidak ada jalan langsung untuk menunaikannya.

Wahai Kaum Muslimin !

Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari Jihad dan kewujudan kalian diatas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan Jihad.

Wahai Para Pendakwah !

Tiada berharga kalian berpanas dibawah cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menghadapi golongan taghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang zalim yang semakin bermaharajalela.

Sesungguhnya mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa Jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu –ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini.

Sesungguhnya kehebatan para da’i (pendakwah), kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemuliaan umat Islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah.

Kejarlah “kematian” kerana ia akan memberikan kehidupan (yang hakiki). Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahya ng sunnat yang kalian telah biasakann itu. Janganlah kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh-temeh menguasai kalian sedangkan disana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai Para Ulama’ !

Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada tuhannya. Janganlah kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan taghut (pemerintah) kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan mengelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang menghalang hubungan kalian dengan masyarakat.

Wahai Kaum Muslimat !

Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada Jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja.

Didik dan latihlah anak-anak kalian denan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad. Jadikanlah rumah kalian sebagai kandang-kandang singa bukannya reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut. Tanamkan kedalam anak-anak kalian kecintaan kepada jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu, sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula.

Wahai Anak-Anak !

Biasakanlah diri kalian dengan “nyanyian” dan alunan letupan peluru dan dentuman senjata-senjata berat serta gegak gempita jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal. Jauhilah nyayian-nyaian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikan dengan hamparan permaidani merah.

Wahai Isteriku !

Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia (Jangan meminta-minta) nescya engkau akan dikasihi manusia.

Ketahuilah bahaw Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga sereta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah diwaktu malam (Qiamulail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.

Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati.

Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah taala menemukan kita disyurga firdaus seperti mana dia menemukan kita di dunia ini.

Adapun Kalian Anak-Anakku….

Sesungguhnya kalian tidak pernah bermesra denganku melainkan hanya sebentar sahaja. Terlalu sedikit tarbiyyah yang sempat ku berikan pada kalian . ya….aku terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama-sama kalian… bagaimana aku hendak berseronok bersama kalian sedangkan penderitaan umat Islam amat menyiksakan hingga menyebabkan seseorang ibu melupakan anak yang disusuinya. Kedahsyatan yang menimpa dan menyakiti umat Islam telah mengubankan rambut dikepala kanak-kanak (telah lama berlaku).

Demi Allah!! Aku tidak sanggup berperap dan berkurung didalam sangkar bersama-sama kalian seperti ayam bersama anak-anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan menyejukan diri sedangkan kepanasan api dugaan membakar hati-hati umat Islam. Aku tidak rela tinggal bersama-sama kalian sepanjang masa sedangkan realiti umat Islam kini telah mengoyak-rabakan jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal yang waras.

Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal bersama-sama kalian dengan limpahan kenikmatan…diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan hidangan yang lain (sedangkan umat Islam menderita setiap hari).

Dengan ini aku berwasiat kepada kalian supaya berpegang teguh dengan Akidah Salafus Soleh (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan janganlah kalian menuruti hawa nafsu.

Pesan dan wasiatku kepada kalian supaya sentiasa membaca Al-Quran, menjaga lidah (kata-kata), qiamulail (beribadah waktu malam), berpuasa sunat, berkawan baik dan bersama-sama bekerja daam gerakan Islam.

Namun begitu ketahuilah bahawa pemimpin gerakan Islam tiada hak menghalang kalian dari pada berjihad atau memujuk kalian untuk terus berdakwah dengan dakwah yang tidak bercirikan kejantanan dan tiada hubungan dengan jihad. Dan janganlah kalian meminta izin dari sesiapa untuk keluar berjihad pada jalan Allah. Lontarlah dan tembaklah kalian itu lebih aku sukai daripada tunggangan.

peringatan berguna


Oleh : Ibnu Omar Al-Irsyadi
Moderator KampusNegara. net
Sesungguhnya kecintaan kepada Jihad telah menguasai kehidupan, diriku, perasaanku, hatiku dan seluruh deritaku.
Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persediaan adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju kematlamatnya.

Marhaban Ramadhan

Tuesday, August 26, 2008



— KENYATAAN MEDIA —-

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

baca lagi

Friday, August 8, 2008

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

KHADIJAH BINTI KHUWAILID (wafat 3 sebelum masihi)

Beliau adalah isteri Rasulullah yang pertama dan orang yang paling banyak membantu perjuangan Nabi di tahun pertama kenabian. Sebelum masa kenabian, beliau dikenali sebagai “wanita suci”. Rasulullah s.a.w menikahinya 15 tahun sebelum diangkat menjadi nabi. Putera dan puterinya dari Rasulullah ialah Qasim, Abdullah (kedua-duanya meninggal dunia ketika masih kecil), Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalsum dan Fatimah. Beliau memberikan sokongan yang penuh kepada Rasullullah s.a.w dalam perjuangan menegakkan Islam, samaada dari segi sokongan moral atau material. Beliau wafat pada “aamul-huzni” (tahun kesedihan) dan dimakamkan di Hujun.


AISYAH BINTI ABU BAKAR (wafat 25H)

Beliau dipersuntingkan oleh Rasulullah s.a.w pada tahun kedua Hijrah dan satu-satunya isteri baginda yang dikahwini ketika masih gadis. Beliau isteri yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Beliau termasuk wanita yang paling pakar dalam ilmu agama dan etika. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.


HAFSAH BINTI UMAR (wafat 45H)

Semenjak Islam muncul, beliau terus memeluk agama Islam. Beliau bersama suaminya ikut berhijrah ke Madinah, suaminya meninggal dunia selepas Perang Badar. Rasulullah s.a.w melamarnya dari orang tuanya. Wafat di Madinah.


JUWAIRIAH BINTI HARITS BIN ABU DHIRAR (wafat 56H)

Nama asal beliau ialah Burrah binti Harits. Beliau ditawan oleh kaum muslimin ketika peperangan Bani Musthaliq dan diberikan kepada Tsabit untuk menrbus kemerdekaannya dengan imbalan sejumlah harta. Beliau pergi menghadap Rasulullah s.a.w untuk meminta bantuan. Rasullullah s.a.w menawarkan kepadanya persetujuan untuk membayar sejumlah harta yang disepakati itu, kemudian setelah beliau merdeka, Rasulullah pun menikahinya.


MAIMUNAH BINTI HARITS (wafat 50H)

Nama asalnya ialah Burrah, kemudian Rasulullah s.a.w menukar dengan panggilan Maimunah. Beliaulah yang menghadiahkan dirinya kepada Nabi, kerananya turun ayat yang bermaksud : “ Perempuan mukmin yang menyerahkan dirinya kepada Nabi…” (Al-Ahzab - 50)


MARIAH QIBTIAH (wafat 16H)

Seorang wanita Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, iaitu penguasa Mesir kepada Rasulullah s.a.w pada tahun 7H. Setelah dimerdekakan, beliau dinikahi oleh Rasulullah s.a.w dan mendapat seorang putera bernama Ibrahim. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, beliau dibiayai oleh Abu Bakar kemudian Umar. Wafat pada masa zaman pemerintahan Saidina Umar.


SAUDAH BINTI ZAM'AH (wafat 23H)

Beliau memeluk agama Islam bersama suaminya dan turut berhijrah ke Abessina. Dalam tahun Kedua Hijrah, suaminya meninggal dunia. Kemudian dinikahi oleh Rasulullah setelah Khadijah wafat. Rasulullah membawa beliau berhijrah ke Madinah. Beliau termasuk dikalangan isteri Nabi yang sering memberi giliran harinya kepada Aisyah.


SOFIAH BINTI HUYAI BIN AKHTAB (wafat 50H)

Sebelum Islam beliau adalah penganut Yahudi Bani Akhtab yang tertawan pada pererangan Khaibar. Rasululah s.a.w memilih dan memerdekakannya, kemudian beliau memeluk Islam. Lalu Rasulullah s.a.w menikahinya dan wafat di Madinah.


UMMU HABIBAH BINTI ABU SOFYAN (wafat 44H)

Nama beliau yang sebenar ialah Ramlah binti Abu Sofyan, beliau ikut hijrah ke Abessina bersama suaminya, tetapi suaminya terpengaruh di sana, lalu murtad dan meniggal dunia sebagai penganut Kristian. Rasulullah s.a.w segera mengirim Amru bin Umaiah Dhumari untuk melamarnya untuk Rasulullah s.a.w. Najasyi, penguasa Abessina menikahkannya kepada Rasulullah dengan mahar 400 dinar.


UMMU SALAMAH (wafat 57H)

Beliau ialah Hindun binti Umaiah, termasuk dalan kalangan sahabat wanita yang pertama memelik Islam. Beliau termasuk golongan yang ikut hijrah 2 kali (Abessina dan Madinah). Suaminya mati syahid dalam perang Badar, kemudian Rasulullah s.a.w menikahinya. Beliau termasuk wanita yang bijak, berakhlak mulia dan pandai menulis serta membaca. Beliau dikurniakan usia yang panjang. Wafat di Madinah dan dimakamkan di Baqi.


ZAINAB BINTI JAHSY (wafat 20H)

Nama asal beliau ialah Burrah, sepupu kepada Rasulullah s.a.w. Bernikah dengan Zaid bin Haritsah. Setelah diceraikan beliau dinikahi oleh Rasulullah s.a.w dan diberi nama Zainab. Dikenali dengan “Ummul Hakam”. Beliau sangat warak dan kuat beragama serta banyak bersedekah...

Petikan dari:Tulaka.com

Thursday, March 27, 2008

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah
salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut
katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima
100 tak
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah
dan murah.
Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang
sayangkan kita
dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan,
dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya
bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa
meminta maaf
perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan
sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan
kebolehan diri
sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara
yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu
malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam
hati "Ya, Allah
cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,
ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang
disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga
keesokan harinya -
CUBALAH!!

Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari
melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan
sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati
bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan
sebagainya), jangan
dengar orang mengumpat.