Thursday, December 17, 2009

Muhasabah Hijrahku



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Diari hati ku selak sepi
Kini sudah tiba tahun baru bakal meniti hari
Sisa-sisa hari yang masih belum pasti
Adakah esok masih ada untuk diri
Hati terasa sayu
Hijrah yang lalu apa sudah dikecapi
Atau masih memburu angan-angan
Angan-angan meraih cinta Al-Khaliq
Sudahka angan-angan menjadi kenyataan.
Resah hati tidak terperi bagaimana hijrahku yang lalu
Ya Ilahi bagaimana keadaanku disisMu
Ya Ilahi adakah cintaku diterima OlehMu
YaIlahi terkadang aku kalah dengan sifat insani
Cinta yang kusembahkan terkadang diiringi dosa-dosa tanpa kusedari begitu lemahnya diri.
YA ALLAH  mencintai Mu  nikmat yang tidak terungkap dengan kata
 walau bagai angin lalu rasa cinta itu
aku punya pinta dari lubuk hati yang dalam agar nikmat mencintaiMu selamanya menjadi milikku
Ya Allah  genggamlah hayatku
Moga Mahabbah Mu berterusan mengiringi perjalanan hayatku
Jika kehidupan baik untukku maka berikanlah kehidupan buatku
Jika kematian baik buatku maka berikanlah kematian buatku
Sesungguhnya mengingati Mati menjadikan aku dekat dengan Mu.
Tuhanku Engkau mengetahui segala yang menanti dihadapanku.
segala yang ada padaku adalah MilikMU
Tiada lain yang kuharapkan dihadapanku adalah beroleh keredhaanMu.
Sehingga Engkau seru ke penghujung Nyawaku.





 Salam Maal Hijrah 1431 buat semua umat islam tidak kira walau dimana berada..sama-sama kita berhijrah kearah kemenangan. Siapakah orang yang menang?
Dan Barangsiapa menjadikan ALLAH, RASUL-NYA dan ORANG-ORANG YANG BERIMAN sebagai penolongnya, maka sungguh pengikut (agama) ALLAH itulah yang menang. (surah Al-Maidah ayat 56)



Monday, November 16, 2009

Mahu Pilih Dahan Pohon Yang Mana ?

Pohon kikir ( Pohon dari Neraka ) atau Pohon dermawan ( pohon dari syurga)

Perna dengar nama pohon ini? Tahukah anda pohon kikir merupakan pohon yang berasal daripada Neraka, uniknya dahan pohon ini  ada didunia dan mahkluk yang bergelar manusia gemar mengambil dahan pohon ini, Pohon ini juga merupakan penyakit,
Sabda Nabi saw: "Berhati-hatilah kamu daripada sifat kikir, kerana ia adalah penyakit yang tidak terdapat dalam diri orang yang mulia 

Mahu jadi orang mulia? maka sifat kikirnya perlu dibuang segera ya..


Berhati-hatilah kamu daripada sifat kikir kerana ia adalah sebatang pohon daripada neraka dan dahan-dahannya ada didunia. Barangsiapa Bergantung pada salah satu dari dahannya, maka dia akan memasukkannya ke dalam api neraka (sya'bul iman : 10451)


Manakala Pohon dermawan pula berasal daripada syurga, dahannya juga ada di dunia seperti pohon kikir tadi, namun tidak ramai manusia yang gemar mengambilnya, namun begitu pohon ini sangat bermanfaat seperti yang diceritakan oleh Baginda saw bahawa "Orang yang dermawan adalah orang yang dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan dekat dengan syurga dan jauh dari api neraka. Sungguh Allah maha pemurah dan mencintai orang yang bersifat pemurah"

"Sifat dermawan adalah salah satu daripada pohon-pohon syurga. Dahan-dahannya menjulur kebumi. barangsiapa mengambil salah satu daripadanya, maka dahan itu akan membawanya ke Syurga" ( Riwayat Imam Al-baihaiq, sya'bul iman:10451)

 
Lepas ni sila la check diri  masing-masing dahan pohon apa yang telah kita ambil, jika dahan pohon kikir yang  telah diambil maka segeralah buang dahan tersebut. Namun begitu kadang-kadang kita tidak menyedari rupa-rupanya dahan pohon kikir ada bersama kita, walaupun telah di buang dek kerana sikap kelalaian  manusia yang bersifat insan, lalu melupakan dahan pohon dermawan dan lebih memilih dahan pohon kikir nauzubillahi minzalik. Jadi kenalah sentiasa check dan check selalu. dalam diri ada dahan pohon  apa. walaubagaimanapun jika mahu mengekalkan dahan pohon kedermawanan itu sentiasa bersama kita ,kita kenalah yakin bahawa setiap yang ada pada kita bukanlah milik kita semata ianya milik mutlak Allah swt. dan kuncinya Yakin dengan Sabda Nabi saw seperti yang tercatat diatas. Sama-sama kita berpaut pada dahan pohon dermawan tersebut agar mudah meraih Cinta Tuhan Yang Maha mencintai orang-orang yang dermawan.

"Ya Allah wahai yang Maha Kuat berilah kekuatan untuk kami berpaut di dahan pohon dermawan itu, amin Ya ALLAH."

Sekadar ini dulu perkongsian ana.

Selamat Beramal :)

Sumber Bahan Bacaan :  Kisah Cinta Dalam Al-Quran

Saturday, October 31, 2009

TERSENTUH HATI

Bismillah walhamdulillah
selawat dan salam buat junjungan mulia, insan yang dirindui Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat baginda.

Lagu ni sangat menyentuh hati...

DEBU-DEBU DOSA


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Monday, October 26, 2009

WAHAI ADIKKU, MUNGKIN KITA DIPANGGANG NERAKA

sumber : http://dzulkhairi.blogspot.com


Seorang adik menghubungi saya baru-baru ini. Ia mengadu masalah seorang sahabatnya yang hampir berzina. Saya tidak terkejut sangat mendengarnya meskipun sahabat itu adalah seorang ahli gerakan Islam. Bagi saya, ahli mahupun tidak, ia tidak terlepas daripada buruan syaitan dan bisikan nafsu. Semakin merapat ia kepada Allah, semakin syaitan berusaha menjatuhkan keimanannya dalam lembah maksiat.

Adik saya itu kelihatannya tidak tenang. “Ustaz Dzul, ana tidak dapat tidur semalaman memikirkan perkara itu. Ana sangat sedih.” Begitulah lebih kurang mesejnya. Saya menyedari kesedihan menguasai dirinya menyebabkan emosinya agak kurang tenang.

Saya bertanyakan beberapa persoalan kepadanya. “Dik, agak-agaklah, siapa lebih mulia, enta ke dia? Boleh tak enta sebut pada ana, adakah enta masuk syurga dan dia masuk neraka?” Adik saya itu terdiam dan kemudian memberikan respon. “Masya Allah ustaz, dia lebih mulia daripada ana.”

Saya tidak mahu memberikan jawapan yang panjang lebar kepada dia. Saya hanya meminta agar adik itu menuntun kehendak nafsu sahabatnya. Seseorang yang tenggelam dalam lembah maksiat, kemungkinan akan mengakhiri hidup di lembah keimanan.

Bak kata saudara saya Zahiruddin, “Yang kita bimbang adalah kesudahan hidup kita.” Ya, ketakutan orang siddiq adalah su’ul khatimah. Mungkin ia merupakan orang yang mulia dalam hidup tetapi penghujungnya adalah buruk.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”

Maka sahabat, apa guna kita berlagak sombong, dengan jawatan dan aktifnya kita. Ingin saya berpesan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat saya,

“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang Berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”
Alangkah, saya teringat pesan saya kepada sahabat-sahabat yang mengambil bidang kedoktoran.


“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”

Wednesday, October 21, 2009

Setiap Kali



Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Kumengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan


Oh tuhan yang maha penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Durjana yang sentiasa mengarahku
Kepada kemurkaanmu
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

Monday, October 19, 2009

Aku ingin Menjadi sepertinya.


Bismillah walhamdulillah.

Selawat dan salam buat Junjungan mulia Rasulullah s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat.


Aku ingin menjadi sepertinya,
menjadi buah hati Rasullah s.a.w,
menjadi Puteri kesayangan Baginda,
Sirah hidupnya seorang yang qanaah.
Seorang isteri dan anak yang soleha,
seorang yang terpuji dengan kesabaran
kesabaran menjadi tradisinya,
Kuat menharungi kehidupan,
mempunyai jiwa belas kasihan
selalu memelihara kesucian diri.
lidahnya tidak bergerak kecuali berkata kebenaran
membalas kejahatan dengan kelembutan
selalu memuji ALLAH swt,
gelaran al-batul menjadi miliknya.
kerana kesempurnaan dan kepasrahannya kepada Allah swt.
Dialah Fatimah az Zahra puteri Rasulullah SAW.

Fatimah mengaminkan sabda baginda :
""""
'' Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang, Allah mengenal mereka.akn tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui jati diri mereka. mereka adalah pelita hidayah dan sumber ilmu pengetahuan.kepada mereka tampak setiap fitnah orang-orang zalim.mereka adalah orang-orang yamng mampu menyimpan rahsia dan tidak berperangai kasar.""""""
Rasulullah membaca ayat yang diturunkan Allah dihadapan Fatimah

janganlah kau jadikan harta benda dan anak-anak sebagai suatu yang menakjubkan dirimu
(at-Taubah ayat 85)

dan janganlah sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah kami berikan kepada beberapa golongan diantara mereka sebagai bunga kehidupan didunia
(Taha:ayat131)

Nasihat suaminya Ali r.a

fatimah sentiasa mengingati nasihat suaminya

"'' hendaknya kau memiliki harapan dalam menjalani kehidupan ini, akan tetapi jangan kau muarakan harapanmu kepada manusia. kerana harapanmu kepada para manusia hanya akan membuatmu bercerita kata manis dan sikap kepura-puraan. sedang ketidakperluanmu kepada mereka akan menjadikan harga dirimu terpelihara serta kemuliaanmu kekal abadi.""''

apabila kita sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepada kita, redha dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita..maka perhalusi jiwa bahawa Allah sentiasa bersama kita, cukuplah hanya Allah bagi kita, pasti akan
Bertemu Ketenangan.

menitis air mata membaca sirah kehidupan puteri rasulullah ini , fatimah membesar dan menjadi saksi hidup perjuangan baginda, beliau melihat, mendengar dan merasakan setiap derap pergolakan dakwah baginda. Dan yang pastinya hati merasa cemburu denganya, namun jauh di sudut hati menyedari jauh sama sekali untuk membandingkan diri denganya..diri yang serba kekurangan, banyak kedaifan,..aku tidak mampu menjadi sepertinya, namun begitu Allah masih memberi peluang untuk mencontohinya..ya Allah beri hamba kekuatan untuk menjadi orang yang sentiasa berusaha mencontohinya untuk meraih cinta MU.


sekadar ini dulu perkongisan ana moga bermanfaat buat pembaca.

sumber bahan bacaan : BUKU KISAH CINTA DALAM AL-QURAN
(Bab 8, cinta wanita kepada Tuhan mereka)



Monday, September 7, 2009

Daya Tarikan Wanita

Selawat dan salam buat junjungan besar insan yang dirindui Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, pejuang-pejuang kebenaran di seluruh pelusuk dunia, muslimin muslimat tidak kira walau dimana berada..

Sekadar perkongsian buat insan bernama lelaki semoga peringatan ini berguna buat kalian...



wahai lelaki beringatlah.



Daya tarikan wanita itu terlalu kuat seumpama magnet yang bertemu, kasihan sungguh kalian tidak cukup sekadar daya tarikan wanita didunia menguji keimanan kalian, malah di akhirat nanti daya tarikan wanita sentiasa mengehantui dan menuntut kalian..namun kuatkan dan teguhkan pendirian Mu dengan perisai keimanan yang teguh hanya dengan iman yang HAK kalian akan mampu menghindari daya Tarikan tersebut..semoga beroleh kemanisan iman didalam usaha membina perisai keimanan yang bukan sahaja mampu melindungi kalian di dunia bahkan di akhirat kelak tempat yang abadi..





wahai lelaki beringatlah.




Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:



Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turutditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka..


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


Anak-anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Begitulah Daya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah,suami,abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah SW.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...


Kurma, Madu, Kismis

Sabda Rasulullah s.a.w "

Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah

amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1)KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:

"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah as. bersabda:

"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:

"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2)KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".


Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkanbadan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:

"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali a.s. bersabda:

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".


Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU


Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".


Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".


Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:

"Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:

"Rasul saw sangat menyenangi madu".


Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".



Thursday, September 3, 2009

PUASA SI MISKIN

Salam ramadahan dan salam kemaafan buat semua sahabat2, masih tidak sempat untuk menulis ana curi beberapa minit untuk copy dan paste kisah ini..semoga bermanfaat


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita

Friday, August 21, 2009

Rindu Ramadhan

Wahai orang-orang yang bersih hatinya,

Selawat dan salam Buat junjungan besar Muhammad SAW yang mulia,keluarga baginda,sahabat baginda, seluruh pejuang dipelusuk dunia yang sentiasa menegakkan kebenaran,muslimin dan muslimat tidak kira walau dimana berada..

Sempena bulan yang Mulia ini kita perbanyakkan doa dan memohon maaf diatas semua kesilapan kita sama ada yang disedari mahupun tidak, ramadhan bulan yang membawa kesejahteraan, membawa ketenangan dalam hati, menenangkan jiwa-jiwa yang sedang kusut..dan sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenteram.

Firman Allah SWT :

" Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (surah Ar-Ra'd: ayat 28)

Semoga ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna dan meninggalkan kesan TAQWA yang mendalam dalam diri kita.

Selamat Bermujahadah di madrasah Ramadhan. semoga tergolong dalam golongan orang-orang yang beroleh rahmat, keampunan dan syurga Allah SWT. amin..

Sesungguhnya ALLAH SWT sangat dekat dengan hamba-hambanya, sama-sama kita TAQARRUB.

Firman ALLAH SWT :

"Dan Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat." (surah Al-Baqarah : ayat 186)




Tuesday, August 18, 2009

Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Wednesday, August 5, 2009

Ibarat Kain Putih

Bismillah walhamdulillah...
selawat dan salam buat insan mulia Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat tidak kira walau dimana berada..


Entry kali ni ana ingin berkongsi rasa bersyukur ana, alhamdulillah semalam ana baru mendapat anak buah baru..baby boy. ni anak buah pertama lelaki dalam family..lama menanti kehadiranya.. sebelum ni 3 orang anak buah semunya perempuan, kehadiran baby boy ni mengenapkan bilangan anak buah seramai 4 orang..Alhamdulillah..seronok mendapat pangkat makcik...

Seperti biasa apabila menerima kelahiran anak buah pasti diiringi dua perasaan iaitu persaan gembira beserta terasa sangat kagum dengan kebesaran Allah swt apabila melihat si kecil. dan yang kedua pasti ana merasa risau dengan proses pembesaran anak-anak buah dimana dunia sekarang begitu kritikal dengan keruntuhan akhlak dan banyak sangat anasir-anasir luar yang bila-bila masa boleh mempengaruhi si kecil..huhuhu minta supaya dijauhkan dari anasir-anasir yang tidak elok. apapun anak-anak yang baru lahir ibarat kain putih yang bersih dan ibu bapa la yang bertanggungjawab mencorakkan kain tersebut samada menjadi yahudi, nasrani ataupun muslim sejati.

Buat para muslimat Ayuh kita sentiasa berdoa agar dikurniakan rahim seperti rahim Siti Aminah ibu Rasulullah s.a.w, dimana rahim inilah yang telah mengandungkan insan teragung yang membawa cahaya islam ke dunia dengan izin Allah swt. semoga rahim kita juga terpilih menjadi rahim yang akan mengandungkan para mujahid dan mujahidah yang sentiasa berjuang diatas jalan yang benar..

Sekadar ini dulu perkongsian ana, semoga anak-anak buah ana terpilih menjadi mujahid dan mujahidah..Amin Ya ALLAH :)

Ahmad Harith mikael
Gambar ni waktu baru dilahirkan,kelihatn kecil x
kena udara lagi :)















SubhanAllah gambar yang ni dia da kena udara
badan pun da mengembang :)

Yang bawah ni pula gambar anak buah perempuan :)




Nur Najihah Hamizah









Dari kiri Nur Zafirah, Nur Fatihah Fatanah



Wednesday, July 29, 2009

JOM KEMPEN !!!

Perkongsian bersama..

Nur aneesa fahmeeda
Politeknik Khuching Sarawak

Bismillahirahmannirahim

Alhamdullilah,syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya telah melembutkan hati saya untuk menerima hidayah yang begitu besar pemberianNya.Kini saya adalah salah seorang dari saudara islam,yang mana islam adalah martabat yang tertinggi di mata dunia.Memang begitu besar kuasa Allah s.w.t,kurniaan yang sangat berharga bila pertama kali mengucap dua kalimah syahadah.Sudah tertulis dalam carta hidup saya yang mana saya akan menjadi salah seorang dari umat Nabi Muhammad s.a.w.Syukuran.
Tanggal 10 Oktober 2005,pukul 10 pagi mutlaklah saya menjadi saudara baru dalam agama islam.Saat saya mengucapkan dua kalimah syahadah hati terasa berdebar-debar ,bermacam-macam persoalan yang timbul di benak fikiran.Sungguhpun banyak godaan yang memutar belit di fikiran tapi saya tetap dengan keputusan saya.Saya yakin dan nekad dengan perkara yang akan saya lakukan itu.Selesai saja majlis itu hati saya terasa kosong seolah-olah saya berada di alam sendiri tanpa ada seorang insan pun di dunia.”Subhanallah betul ke aku ni”…saya berkata-kata sendiri.Ya Allah ini adalah keputusan aku,aku kena kuat menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang yang mana aku akan di duga dengan dugaan yang lebih besar.Ya Allah apa yang berlaku dalam hidup aku ini sebenarnya apa yang telah Engkau catatkan untuk aku.Aku sungguh berterima kasih dengan ketentuan yang telah Engkau berikan pada aku.Islam adalah agama yang suci dan indah sehinggakan tak dapat untuk di ungkapkan dengan kata-kata.Bersyukurlah kepada sesiapa insan-insan yang telah bergelar islam dari kelahirannya dan hargailah hidup ini sebaik mungkin kerana hidup kita hanya sekali sahaja.
Halangan sebelum memeluk islam tu memang ada tapi tidak terlalu teruk.Keluarga saya beragama kristian.Pegangan mereka kuat terutama sekali ayah saya.Sebab itulah mereka mengetahui saya memeluk islam selepas 6 bulan.Saya hanya berhubung melalui
telefon.Setelah 2 tahun berlalu barulah saya menemui keluarga saya.Rasa takut tu memang ada tapi saya kena kuatkan hati.Saya berkata sendiri sampai bila nak melarikan diri.Hubungan saya dengan ayah masih tegang ketika itu.Tapi sebagai seorang anak dan orang islam saya yang harus memulakan untuk memulihkan hubungan kekeluargaan.Alhamdullilah sekarang hubungan saya dengan keluarga saya semakin baik.Selalu juga saya melawat keluarga saya di kampung.Mana nak buang darah daging sendiri.Saya bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan saya.Minat saya terhadap agama islam sebenarnya bermula ketika sekolah rendah.Itu pun rasanya dalam tak sengaja kerana ketika itu saya suka menbaca buku kisah-kisah nabi.Tertarik hati untuk mengetahui tentang islam,tapi ketika itu hanya untuk suka-suka saja.Tak terfikir pun untuk memeluk agama islam seperti yang berlaku pada saya sekarang ini.Bukan senang bagi saya yang lahir sebagai seorang kristian untuk minat dalam mendalami agama islam.Ini kerana pada waktu itu sungguhpun minat terhadap islam sudah terbit tapi saya bercita-cita untuk menjadi seorang rahib.Sungguhpun begitu saya masih tertanya-tanya dan seringkali meneliti antara dua agama ini secara seimbas.Dan juga tak saya temui jawapan yang selalu bermain di fikiran.Bukan senang untuk kita mendapat apa yang kita inginkan tanpa usaha.Begitu juga dengan hidayah yang telah saya cari untuk kehidupan yang abadi.
Setelah saya memeluk islam saya telah di duga dengan dugaan yang tidak juga terlalu berat tapi tidak mudah untuk saya menangkis.CINTA…Itulah dugaan yang saya lalui.Saya sendiri tidak tahu mengapa cinta itu yang telah menghalangi cinta saya kepada Allah s.w.t.Sungguh tiada niat di hati langsung tapi itulah hakikat yang perlu saya hadapi kerana cinta hakiki yang perlu saya kejar adalah cinta kepada Allah s.w.t.Alhamdullilah kini saya telah kembali ke jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t yang mana saya telah mengejar cinta Allah tanpa perlu memikirkan cinta duniawi.Saya tidak pernah menyesal dengan ketentuan yang telah tertulis untuk saya.Sesungguhnya saya bersyukur dengan ujian yang telah Allah berikan pada saya kerana dengan itu saya tahu setakat mana keimanan yang ada dalam diri saya dan Allah masih memberi peluang untuk saya
bertaubat.Sesungguhnya jalan ke pintu syurga terbuka untuk siapa saja yang ingin bertaubat.InsyaAllah jalan yang terbaik adalah jalan yang telah ditentukan oleh Allah dan jangan terjerat dengan cinta duniawi yang melampaui batas.Ituah kata-kata yang seringkali menjadi pendamping bagi saya untuk tidak terjebak dengan dosa yang telah saya lakukan dahulu.kini saya tinggal bersama keluarga angkat yang mana mereka banyak membantu saya dari pelbagai aspek keagamaan sehinggalah cara hidup sebenar orang islam.Yang penting segala yang bermula dari Allah pasti akan kembali pada Allah.Amin.Wallahualam

Wednesday, July 1, 2009

Lelaki Cantik, Wanita Gagah :)

Kecantikkan seorang lelaki

Bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita/women

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Monday, June 8, 2009

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


> Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
> Murid 1 = ' Negeri Cina '
> Murid 2 = ' Bulan '
> Murid 3 = ' Matahari '
> Murid 4 = ' Bintang-bintang '

> Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama '.

> Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?

> Murid 1 = ' Gunung '
> Murid 2 = ' Matahari '
> Murid 3 = ' Bumi '

> Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al A ' raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita
membawa ke neraka.


> IMAM GHAZALI ' Apa yang paling berat didunia? '
> Murid 1 = ' Baja '
> Murid 2 = ' Besi '
> Murid 3 = ' Gajah '

> Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

> Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
> Murid 1 = ' Orang tua '
> Murid 2 = ' Guru '
> Murid 3 = ' Teman '
> Murid 4 = ' Kaum kerabat '

> Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


> Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
> Murid 1 = ' Kapas '
> Murid 2 = ' Angin '
> Murid 3 = ' Debu '
> Murid 4 = ' Daun-daun '

> Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

> Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
> Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

> Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

P/s sampaikanlah walau satu ayat ' ...

Wednesday, June 3, 2009

JOM TONTON

BISMILLAH,

Salam

Cuti-cuti begini pastinya ada masa terluang yang kadang-kadang kita tidak sedar,buat-buat tidak sedar spend more time utk benda-benda yang tidak berfaedah..such as drama korea yang beratus episod, drama indonesia ,drama china , filem hindustani & Tamil, drama mat saleh , hiburan muzik tanah air dan luar negeri, game dan sebagainya..
Memang fitrah manusia sukakan hiburan,,namun jangan sampai tersalah pilih hiburan..nanti merosak diri sendiri..sejauh mana hiburan seumpama ini membantu kalian, apa yang telah dipelajari melalui hiburan-hiburan seumpama ini, kalau pun ada pastinya terlalu sedikit faedah dan manfaatnya( itupun kalau ada). Yang pastinya keburukan lebih banyak diperolehi daripada hiburan seperti ini. so mari kita tukar cara berhibur yang salah itu..cuba tonton cerita ini

p/s semoga bermanfaat buat semua..

BERHIBUR + TAMBAH ILMU












"kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itu lah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui"
(AL_ANKABUT :64)

Monday, June 1, 2009

Aku tinggalkan cinta kerana Dia


Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki
yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti
amat menyayatkan hati? L

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri,

apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan
agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi
dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk
hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati
pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan
kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya
hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya
kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya
percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan
lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah
lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk
hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang
paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa
kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan,
bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama
stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya
tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir
bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang
sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke
mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam
mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan
tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah
yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah
bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas
urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangka n. Saya seorang yang amat kuat
bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata
teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat
menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia
mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa
perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu
saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu
melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,
saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya
perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk
waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang
baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa
sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak
dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap
dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama
yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya
zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan
mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan
hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi
dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka
anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan
menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and female
except for what is very important and official between them. So, may I
know what kind of relationship you are having now and I want to hear
it from your mouth that it is legal in what you have been learning
until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you
can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false
by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come
from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed
if the first step you make is by stepping into what He has prohibited.
You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you
must know in every family that stands until their dying day, they have
Allah o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the
wrong step from the very beginning."


Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan
dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan
kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah
saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca,
tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah
lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak
mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh
kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh
lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya
dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya,
dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami
betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat
untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan
berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran
kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah
yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya
untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya
satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga
yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt
panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,
saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri
di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu
bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya. "

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki
dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan
puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan

-dr sorg sahabat-


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Al-Isra [17:32]


Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-Baqara [2:129]


Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Al-Baqara [2:235]


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Al-Baqara [2:284]


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Aal-e-Imran [3:8]