Thursday, January 29, 2009

SEMBANG-SEMBANG PALESTIN...

Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw,keluarga baginda,sahabat-sahabat baginda,seluruh pejuang yang menyambung risalah perjuangan baginda tidak kira walau dimana berada..

ucapan salam buat semua..

Minggu lepas merupakan minggu yang agak padat dengan meetg + usrah + tugasan akademik individu + berkumpulan.Agak letih huhuhu tapi bila muhasabah terfikir pula berapa sangatlah kesibukan yang ana alami jika dibandingkan sahabat-sahabat lain yang mungkin mempunyai taklifan yang lebih banyak..amanah yang lebih berat,apatah lagi yang ditaklifkan sebagai pimpinan..sibuk-sibuk macam ni tentulah wajah-wajah ceria sahabat-sahabat menjadi penawar,senda gurau, pesanan-pesanan ringkas(sms) mereka yang tidak jemu memberi semangat untuk bejuang di jalan Allah swt tersemat dihati,bagi yang mampu berziarah tentu akan berziarah walaupun jarak kolej yang agak jauh..pertama dan selamanya dipanjatkan kesyukuran kpd Allah swt kerana ditemukan sahabat2 yang sebegini..hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian..

Usrah yang lepas berjalan seperti biasa tidak formal, ana lebih suka usrah yang tidak formal, lebih mudah untuk mendekati mad'u. Usrah banyak terisi dengan isu palestin, nampak begitu semangat becerita tentang isu ni, di akhir perbincangan tiba-tiba sorang mad'u meluah rasa..emm bunyinya lebih kurang seperti ini " akak thira risau da lebih 2 minggu abang thira tak kol rumah , hantar e-mail pun dia tak reply, abang thira ni study kat mesir.mak pun dah risau.Terakhir abang thirah kol rumah dia ada luah rasa macam nak je pegi bantu dekat palestin sana, thirah pun risau juga kalau-kalau betul dia pegi palestin, tak perna dia jarang hubungi family". ana mendengar dan merenung wajah thira, pada wajahnya memang tergambar kerisauan, Thirah berasal dari kelantan dan bila berbincang dia seorang yang mudah menerima dan berkongsi. Ana terdiam seketika mendegar luahanya, cuba bertenang, walaupun hakikatnya agak terkejut..lantas ana lemparkan senyuman kepada thirah "emm mungkin abang thirah sibuk kot" untuk menyejukkan hatinya..kemudian ana amik peluang untuk bercerita tentang jihad dengan ilmu ana yang sedikit.."kalaupun betul abg thirah pegi membantu di palestin sana itukan satu perkara yang patut kita syukuri dan berbangga sebab abang thira melakukan jihad tersebut dan ini adalah takdir Allah,dan dia merupakan orang-orang terpilih andaikata dia syahid maknanya matinya adalah mulia disisi Allah. Thirah tersenyum, pada masa yang sama ana bermonolog moga-moga segala yang terbaik buat keluarga thira.Akhirnya thirah mengangguk dan masih mampu tersenyum,alhamdulillah sempat ana berkirim salam dengan ibunya kerana petang tu thira akan balik kelantan bercuti.

huhu ana pula tak balik bercuti almaklum lah study jauh diperantauan..

Cuti kalini ana isi dengan program anak-anak borneo, MARSIS di kl. Nama program Islamic Borneo Camp(IBC), Terubat juga kerinduan kempung halaman bertemu sahabat borneo. Tapi yang sedihnya ana terpaksa pulang awal dengan hati yang berat sebelum program berakhir. Ada hal urgent yang tak dapat dielak. Walaupun balik awal hati tetap bersama program :(. Teringat waktu mendengar forum bicara siswa dalam prorgram ibc panel kedua begitu bersemangat memaklumkan bahawa indonesia telah menghantar 1000 lebih tentera ke palestin..emm kagum dengan indonesia,malaysia bgimana pula ye?? sewaktu forum berjalan bebrapa orang sahabat termasuk ana sedikit mengantuk, entah letih mungkin ataupun kerja sisyaitan tengah bermain tarzan dan bermain gelongsor di bulu mata kami menyebabkan kami mengantuk huhuhu. Akhirnya sorang kakak yang agak rapat dengan ana menuang sedikit air pada penutup botol mineral lalu dibacakan selawat dan beberapa ayat katanya untuk menghilangkan ngantuk, kemudian kami pun menyapu mata dengan air tersebut. kemudian ana bergurau sambil tersenyum bertanya pendapat kakak tersebut "apa pendapat akak jika akak diuji setelah berkahwin nanti, suami akak dipanggil bejihad ke palestin??" lantas riak muka dia berubah jawapan yang simple.."wah sedihnya kan"..ana hanya mampu tersenyum tidak memberi respon kpd jawapan yang diberikan dan mengalihkan pandangan kepada panel forum,lantas akak tersebut menyambung jawapanya tadi "akak nak ikut suami juga pergi berjuang disana". Ana mengiakan "yup", sekali lagi ana hanya tersenyum dalam hati ana bermonolog mampukah kami menghadapi situasi seperti itu?? tentunya memerlukan taqwa dan iman yang tinggi untuk berhadapan situasi tersebut, tiada yang mustahil. Jauh disudut hati berdoa mudahan ALLAH memilih kami tergolong dalam orang-orang yang merindui Syahid walau dimana berada. Tidak semestinya hanya di bumi palestin kita memperolehi syahid. tidak semestinya sudah berkahwin menjadi kayu ukur untuk menjadi syahid. Hatta diusia muda pun kita boleh melakukan jihad yang hadirnya dalam pelbagai bentuk, Namun persoalanya AL-aqsa milik siapa? adakah rakyat palestin sahaja? sudah tentu jwapannya tidak, Al-aqsa adalah milik seluruh umat islam tidak kira walau dimana berada, menjadi tanggungjawab kita menjaga kesucian AL-aqsa dari cemari oleh laknatullah israel. Andaikata pejuang palestin menuntut jihad kita untuk bersama turun ke bumi palestin pertahankan AL-Aqsa agaknya berapa ramai yang akan sanggup berbuat sedemikian?? Sesungguhnya hubungan dekat kepada ALLAH dan beriman sebenar-benarnya kpd ALLAH sahajalah yang mampu memberikan kita kekuatan untuk jihad sedemikian . Buatlah persiapan iman sebaik mungkin, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Apa yang pasti islam pasti akan menang suatu hari nanti, walaubagaimanapun beroleh kemenangan tidaklah semudah yang disangka kerana perlunya mujahadah dan perjalanan yang akan dilalui sangatlah panjang dan pasti melalui onak dan duri, mungkin kita tidak sempat mengecapi kemenangan tersebut, namun anak-cucu kitalah ataupun generasi akan datang yang akan mengecapi kemenangan tersebut....namun begitu Allah sentiasa bersama orang-orang yang beriman menempuh onak duri tersebut. Jadi tiada sebab yang membuatkan kita Takut ataupun Gentar..kerana janji tuhan pasti berlaku.

Surah at-Taubah ayat 24-26

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.





Cinta dengan penuh pengharapan















Perjalanan hidup Nabi sollallahu alaihi wa sallam adalah perjalanan sebuah cinta. Berbekalkan jalan ini sahajalah cinta akan meningkat subur tinggi. Cinta yang dirasai umpamanya seekor merpati terbang tinggi, bebas mencari-cari,bebas berterbangan melihat alam yang luas ini.

Cinta dengan penuh pengharapan adalah kunci. Ianya kunci pada cinta Ilahi.

Adakah jalan untuk menunjukkan sesuatu yang tidak boleh difikir dan tidak juga boleh diduga,sesuatu yang lebih dari sekadar perkataan. Cinta yang tidak pernah dilihat , tidak juga pernah didengar.

Cinta adalah tali dari Allah, menyelamatkan kita dari rasa kekurangan , gapailah ia pasti akan disambut. Kita akan merasa Allah itu dekat, lebih dekat dari urat nadi di leher.


Bukti Cinta

“sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah ketika disebutkan nama Allah, gementarlah hati mereka, dan ketika diabcakan kepada mereka ayat-ayatNya , bertambahlah keimanannya, dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (berserah).

Mereka itu ialah mereka yang mendirikan solat dan menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.

Itulah orang-orang yang beriman sebenar-benarnya. ” (Al-anfal:2-4)

Ketika disebut yang dicintainya, bergetar hatinya,hatinya direbut rasa rindu. Ketika diberitakan tentang ucapan-ucapan kekasihnya, bertambahlah rasa kepercayaannya, pegangannya tentang akhir puncak rasa cinta itu. Bertambah-tambah keimanannya. Segala pengharapan , pergantungan diserahkan terus pada kekasihnya.

Ketika asyik dalam nilaian cinta, segala apa yang diminta oleh yang dicintai itu pasti diikut segalanya. Segalanya diredah asal redha dari Yang diCINTA berjaya diperoleh.

Moga-moga kita berjaya dalam meraih Cinta Tuhan, tiada tepi tiada penghujung. Tidak pernah dikecewakan , pasti membuka ruang harapan di jiwa.


SUMBER : NT-VIRUS

MANA SATU PILIHAN HATI???



oleh: aisyahhumaira


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

REDHA

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.



SUMBER : NT-VIRUS

Monday, January 19, 2009

KUALA TERENGGANU HIDUP-HIDUP ISLAM!!!




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PEMURAH..

ISLAM FOR ALL



BARU-BARU NI PILIHAN RAYA DI KUALA TERENGGANU..MESTI BEST KALAU DAPAT MENYAKSIKAN DENGAN MATA SENDIRI SAAT-SAAT TU WALAUPUN PENULIS BUKANLAH BERASAL DARI TERENGGANU,DAN ITU TIDAK MENJADI PERSOALAN KERANA KITA BERPIJAK DIBUMI YANG SAMA IAITU BUMI ALLAH SWT...TAK SEMPAT NAK TULIS BANYAK-BANYAK HUHU ADA KULIAH JAP LAGI...TADI SEMPAT YM DENGAN NAQIBAH ANA MASA KAT POLI DULU...KAK UMI NAMANYE..KAK UMI BAGI ADDRESS NI

http://eechia.blogspot.com/


SERONOK VISITED BLOG NI..ADA MASA LAWATLAH YE

SEMOGA PERMULAAN,PERTENGAHAN DAN AKHIR KEHIDUPAN KITA ADALAH YANG TERBAIK.AMIIN YA ALLAH

STAKAT NI DULU..WASSALAM.

Wednesday, January 14, 2009

Muhasabah bersama...

UCAPAN SALAM BUAT SEMUA SAUDARA SEAQIDAH TIDAK KIRA WALAU DIMANA BERADA..

Rasanya agak lama tidak mengupdate blog ni sebabnya penulis kehilangan laptop baru-baru ni so agak susah untuk update blog , walaubagaimanapun alhamdulillah Allah telah mengantikan laptop yang lain buat penulis, adalah menjadi harapan laptop yang diamanahkan oleh Allah ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mendapat pandangan rahmat dan kasih sayang dari Allah swt semata-mata,insyaAllah.Semua yang berlaku penulis yakin dan pasti ada hikmah tersendiri.



Apabila disebut Palestin,Gaza, tentu yang terbayang dan bermain dikepala umat islam hari ini ialah bertapa kejamnya zionis israel terhadap saudara kita di palestin, majoriti dikalangan muslim menyatakan ketidakpuasan hati masing-masing melalui corong-corong radio,tv atau media-media lain, didadaakhbar berita palestin terpampang dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Tetapi selalunya luahan ini hanyalah bermusim. Bagi wanita-wanita yang bersifat emosional sudah tentu tidak mampu menahan air mata jatuh kebumi.Moga-moga air mata yang mengalir itu adalah benar-benar tanda kasih sayang kita terhadap saudara seaqidah kita dan keikhlasan kita menunaikan hak ukhwah terhadap mereka walaupun jauh berjuta batu,dan sebagai tanda kasih sayang kita yang telah diikat dengan satu tali yang sangat kukuh iaitu AQIDAH ISLAMIAH.

Bagi yang mampu dan mempunyai harta yang lebih sangat digalakkan untuk memberi bantuan dari segi kewangan ataupun harta benda, banyak atau sikit bantuan yang kita hulurkan kepada saudara kita dipalestin bukanlah menjadi kayu ukur Allah swt, namun sejauh mana keikhlasan kita memberikan bantuan itulah yang akan dinilai disisi ALLAH swt, selalulah berdoa agar kita dijauhkan dari sifat riya yang kadang-kadang ada dalam diri sesiapapun tanpa disedari.Moga-moga kita tidak tergolong dikalangan orang-orang ini.Sama-sama kita sentiasa perbaharui niat dalam apa jua yang dilakukan.

Selain itu penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan seluruh umat islam agar menggunakan sepenuhnya senjata yang telah dikurniakan ALLAH swt kepada setiap insan yang bergelar muslim iaitu DOA, dimana kita maklum bahawasnya DOA adalah senjata bagi orang-orang mukmin,Sama-sama kita mantapkan doa-doa kita kepada ALLAH swt,persoalanya sejauh mana kita telah menggunakan senjata kita ini semaksimum mungkin?? adakah doa kita beriringan dengan usaha?atau sebaliknya hanya berdoa tanpa usaha??tepuk dada tanyalah iman kita.

Salah satu usaha yang diketengahkan kepada kita ialah memboikot produk-produk israel dan amerika, berdasarkan pemerhatian boleh dikatakan produk-produk amerika dan israel ini telah menguasai ekonomi dunia,namun apa yang penulis dapat rasakan majoriti dikalangan umat islam khususnya di malaysia menganggap boikot ini adalah perkara kecil, dan ramai yang tidak menyedari bahwasanya dengan membeli produk-produk boikot ini adalah sebenarnya membantu musuh-musuh islam itu sendiri, dimana duit yang digunakan untuk membeli barang-barang boikot tersebut akan digunakan oleh pihak musuh untuk membeli peluru-peluru dan senjata yang akan digunakan untuk menetang saudara-saudara kita..YA ALLAH pedihnya hati memikirkan Hal ini..ya Allah ampunkanlah kami jika duit yang Engkau amanahkan kepada kami telah kami salurkan kepada musuh-musuh kami,ya ALLAH berilah peringatan kepada kami jika kami terlupa.

Antara barang boikot israel :



Sekadar usaha mengedarkan senarai barang-barang yang perlu diboikot tidak banyak membantu dalam usaha menyedarkan umat islam pada hari ini, mengenai kepentingan memboikot barang-barang tersebut. Mungkin boleh membantu tetapi terlalu sedikit yang menyedari.Isu memboikot barangan amerika dan israel ini bukanlah isu yang baru tetapi isu yang telah lama diketengahkan. Namun apa yang menyedihkan isu ini seakan-akan bermusim. Sehingga kini produk israel masih mengusai umat islam.

Semua pihak bertanggungjawab dalam mengadakan kempen penerangan besar-besaran dan penyampaian maklumat secara jelas kepada masyarakat mengenai isu Boikot ini.Sendainya penulis diberi kuasa oleh ALLAH swt untuk menyekat kemasukan Produk-produk israel tersebut, pasti menjadi satu cita-cita untuk menyekat produk-produk tersebut.namun tidak semudah itu kerana umat islam perlu bersatu untuk mencapai matlamat ini,sesiapapun atau penulis tidak mampu untuk bergerak sendiri.adalah menjadi cita-cita bersatu hati mempertahankan AQIDAH umat islam.

YA Allah ya Tuhan kami bukakanlah jalan-jalan kemudahan bagi kami.


Teringat penulis ketika menghadiri himpunan aman palestin di mana Penulis menerima satu artikel(malam intifadah palestin 2009) yang benar-benar menyentuh hati, dimana artikel tersebut menceritakan beberapa orang Wakil dari Malaysia telah pergi ke palestin untuk bertanyakan bantuan yang diperlukan, tetapi pemimpin mereka menyuruh wakil itu pulang, lantas ditanyakan mengapa mereka disuruh pulang sedangkan mereka ikhlas ingin menghulur bantuan. Pemimpin itu berkata," pulanglah dan didik anak muda supaya mereka dapat menjadi pelapis setelah kami Syahid." subhanallah jawapan yang mengandungi banyak perkara tersirat yang memerlukan kita berfikir dan bertindak..selepas itu penulis terfikir adakah diri ini telah bersedia untuk menjadi pewaris selepas mereka syahid?? kalau benar kita bersedia apakah persiapan kita sudah mencukupi untuk menjadi pewaris mereka?adakah kita mampu melakukan jihad seperti mereka?

Sedangkan realiti yang berlaku nak berjihad untuk tidak membeli produk israel pun kita masih lemah, sebagai contoh kita mengaku sebagai saudara palestin namun malangnya masih ada dikalangan kita yang menjadi pembeli setia produk -produk israel,contoh yang paling mudah dicafe-cafe tertentu tentunya milo ais,nescafe dan lain-lain produk NESTLE menjadi pilihan.lebih-lebih lagi bila diminum bersama air batu memang nikmat sangat. Tak dapat dinafikan produk israel memang lebih nikmat berbanding produk lain.Namun persoalanya sanggupkah kita bersenang-senang merasai nikmat produk isrel ini sedangkan saudara kita merasai kesakitan dihujani peluru-peluru yang kita salurkan kepada israel (sebab membeli produk israel).kejamnya kita menhancurkan saudara seaqidah sendiri.Ini baru satu produk belum lagi produk-produk lain.kalau dikira produk lain entah berapa banyaklah peluru yang kita sumbangkan kepada israel ye???? YA TUHAN KAMI JAGANLAH ENGKAU MASUKKAN KAMI TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG MENGHANCURKAN DAN MENJADI MUSUH AGAMA KAMI SENDIRI.



Selepas ini perlunya azam yang kuat dan saling ingat mengingati untuk tidak menjadi pembeli setia produk-produk boikot tersebut.Mungkin kita boleh luangkan sedikit masa untuk membuka minda peniaga-peniaga yang turut memasarkan produk-produk israel ini,usahala selagi kita termampu dan ana yakin kita mampu melakukan jika kita berusaha,selain itu sama-sama kita perkasakan Dakwah untuk meruntuhkan kejahilan yang menjadi batu penghalang kemenangan islam,azam dan laksanakanlah sebaik mungkin jika ingin melihat islam dijulang Tinggi.

YA ALLAH berilah kekuatan kepada kami,sesungguhnya Engkaulah Tuhan kami Yang maha kuat lagi memberi kekuatan kepada hamba-hambaMu yang lemah.amiin ya ALLAH.

Sekadar perkongsian muhasabah bersama-sama.segala yang baik datangnya dari ALLAH swt,dan yg buruk juga datang dari Allah swt tetapi disandarkan atas kelemahan penulis yang serba lemah ini..wassalam.

Sejauh mana penghayatan kita terhadap palestin??







P/S :SAMA-SAMA KITA SEDEKAH AL-FATIHAH BUAT SAUDARA KITA DI PALESTIN YANG TELAH KEMBALI KEPADA ALLAH SWT, DAN INSYAALLAH KITA AKAN MENYUSUL MEREKA DI HARI KEMUDIAN.