Friday, February 13, 2009

JIHAD MENCAPAI TAQWA



SALAM BUAT SEMUA

Selawat dan salam buat junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda,para sahabat dan seluruh pejuang yang sentiasa mengakkan khalimah hak walau dimana berada.

Bagaimana mencapai TAQWA ??

Jawapanya taqwa boleh dicapai melalui ataupun merujuk kepada Al-quran dan As-Sunnah : ) seterusnya beramal dengan melakukan perkara berikut :




1) Menjaga pandangan mata

Sabda nabi : awaslah kamu dengan pandangan, memandang wanita adalah panah beracun dari syaitan.

- Pandangan pertama = pandagan rahmat
- Pandangan kedua = panah beracun dari syaitan

Rujuk Surah An-nuur : 30 dan 31 klik disini


2) Memelihara Lidah

-Yang ni ujian besar buat wanita, emm nak tahu kenapa menurut Dato Dr. Fadhilah kamsah
setiap hari wanita mengeluarkan 70 ribu perkataan sehari huhuhu :(
-Larangan mengumpat,berbuat keji, berkata kotor dan berdusta.

Rujuk surah An-nurr klik disini


3) Memelihara telinga

-Daripada mendengar perkara-perkara keburukan seumpama mendengar umpatan, hiburan
yang melalaikan (aF,sehati berdansa,malaysian idol dan yang sewaktu denganya)
-Sentisa membawa telinga untuk mendengar nasihat-nasihat dan peringatan berguna utk panduan hidup dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

- dalam hadith-28 diterangkan dr al-Ibrad: Rasulullah memberi nasihat kepada mereka dan nasihat tersebut sangat berkesan sehingga mengeletar hati mereka dan menitis air mata mereka. antara nasihat rasulullah s.a.w ,sabdanya :

"Aku berpesan(wasiat) kepada kamu,iaitu hendaklah kamu bertaqwa kepada ALLAH dan mendegarkan serta taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu"

-Dalam hadith lain sabda nabi : dr riwayat Umm al-muhsin

"Hai sekalian manusia! takutlah kamu kepada Allah dan jika diperintahkan kamu oleh seorang Hamba bangsa Habsyi dan rompong hidungnya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepadanya, selama ia menegakkan kitab Allah bagi kamu."

Rujuk hadith ke- 28



4) Menjaga Hati



-Allah s.w.t tidak memandang kepada rupa sebaliknya memandang HATI kita
-kedudukan hati : sabda nabi :

"ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. dan apabila rosak,rosak badan sekeliannya.ketahuilah itulah HATI"

-Rujuk hadith ke-6



5) Menjaga perut dan menjauhi segala yang haram


-Terdapat banyak dalil yang menjadi panduan dalam pemilihan makanan.salah satunya surah al-A'raf:157 klik disni
- menjaga perut dengan tidak memakan harta anak yatim dan makanan haram ( kesannya doa tidak makbul)
-Rujuk surah An-nisaa : 10 klik disini



6) Menjaga kemaluan


- Rujuk surah An-Nuur : 31 klik disini

-P/s Kepada wanita peliharalah diri kita sebaik mungkin, jadikan Malu sebagai benteng pertahan diri kerana Malu merupakan cabang-cabang iman, ( MALU KENA PADA TEMPATNYA), Sesungguhnya kelahiran wanita disertakan dengan fitrah sifat malu, jadi peliharalah fitrah dan nikmat MALU yang Allah berikan ini, kerana dkhuatiri jika kita tidak menjaga fitrah malu ini, Allah akan mencabut fitrah Malu ini dari dalam diri , jaganlah terlalu mudah menjatuhkan maruah diri kerana Rasulullah melalui perjuangan yang terlalu sukar dalam mengangkat maruah wanita.Hayati perjuangan Rasulullah s.a.w dalam mengangkat darjat wanita dan memperjuangkan hak-hak wanita yang sepatutnya dalam menjaga maruah insan yang bergelar wanita.