Tuesday, April 21, 2009

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM


Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

ana tak sempat nak menulis ana copy dan paste sahaja dari inbox email ana..huhu musim exam apapun moga-moga bermanfaat ye.terasa panas dan berat mata ana membaca, kabur penglihatan terasa ada air bergenang dikelopak mata, artikel ini benar-benar menyentuh hati, pesananku bacalah wahai sahabt 3X dan hayati isi dan maksud pesanan yang ingin disampaikan,,,benar perjuangan kita ini suatu amanah yang begitu besar...mungkin dah pernah dengar isu ini tapi saranan ana BACA SAMPAI HABIS,!!

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.


'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung.?

Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).


Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

SEGALANYA MILIKKMU

Engkau yang menciptakan cinta

Dan Engkau jua yang menghampar bahagia

Diribaan Mu terhimpun harapan

Impian tulus setiap insan

Engkau yang mengutuskan duka

Dan engkaulah yang mengirimkan hampa

Namun padaMu jua diadukan

Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

Dan kutahu

Tiap yang terbaik untukku

Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela

Ada dingin saat menyebut namaMu

Terarah segala ronta rasa

Pada damainya dakapanMu

Ya ALLAH....

Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

Dan kutahu

Di segenap ruang rasaku

Telah Engkau titipkan kekuatan

Oh Tuhan....

Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

Dan kutahu

Tiap yang terbaik untukku

Tak semuanya yang ku mahu

Ya ALLAH....

Sunday, April 19, 2009

Sabda Rasulullah s.a.w


" Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya",
"wahai Rasulullah bagaimana membersihkannya? "
Rasulullah menjawab.... "membaca Al-quran dan mengingati mati
"

JAWATAN KOSONG........


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dila ntik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa K ita b anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON
:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).. Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Saturday, April 18, 2009

SALAM IMTIHAN



.....SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT DIRIKU......
.....DAN SAHABAT-SAHABAT YANG JAUH DAN DEKAT.....
.....SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.....
.......DIPERMUDAHKAN MENJAWAB PEPERIKSAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...
..
.......AMIIN YA ALLAH.......

".. kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada ALLAH. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal" ( Ali Imran-3:159)





" Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah TAKWA. Dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat" (Al-Baqarah 197).

Friday, April 17, 2009

Just want to share something……

Alhamdulillah harini semua presentation sudah selesai, pagi tadi present projek data structure, minggu lepas pula oral presentation ana berkaitan research yang telah di buat, hmm ringan sikit beban bolehla ana belek-belek buku untuk peperangan ana yang akan bermula pada 20 haribulan nanti moga-moga cukup peluru dan senjata untuk menghadapi imtihan nanti huhuhu…

Apa yang nak di kongsi degan pembaca kali ini sebenarnya berkaitan dengan research group ana untuk subjek BI ana. group ana conduct research tentang ‘Internet addiction’, biasa je tajuk ni kan. Tapi apa yang penting sepanjang buat research ni banyak juga perkara yang depelajari dan ditemui sedikit sebanyak agak merisaukan ana. Dan perkongsian ini hanyalah sebahagian tidak secara menyeluruh. Terlebih dahulu terima kasih buat teman-teman seperjuangan yang jauh mahu pun yang dekat, samada interview secara maya ataupun face to face. secara tidak langsung mereka ini membantu dalam meyiapkan research ana…kalian sangat sporting agak jarang kita menggunakan English language dalam interaksi kita setiap hari bukan, tapi bila buat research ni hebat juga sahabat-sahabat ini boleh juga berkomunikasi walaupun bahasa kita agak rojak namun ianya satu usaha untuk meningkatkan kemahiran kita kearah yang lebih baik selepas ini insyaALLAH.. apa yang pasti segala pujian hanya layak kepada ALLAH swt. Dan lagi yang pastinya jika mahu menguasai bahasa inggeris, kita perlu belajar(tatabahasanya) dan mengamalkan bahasa ini dalam rutin harian. kita tidak perlu mengaplikasikan bahasa inggeris ini kedalam subjek matematik ataupun sains disekolah-sekolah.. sebab ianya akan lebih menyukarkan si pelajar untuk menguasai subjek matematik dan sains tersebut. Sejak beberapa tahun yang lalu telah jelas terbukti kajian UNESCO (klik) tetapi malang sekali kajian ini tidak diendahkan.
Macam terkeluar tajuk pula perbincangan di atas :), berbalik kepada perkongsian ana cuba tengok picture di bawah, picture tu menunjukkan salah satu finding group ana mengenai pelajar UTM :






majoriti pelajar utm selalunya menggunakan internet untuk individual website (blog,friendster,face book, tagged dan lain-lain) ramai yang addicted dengan site masing-masing.faktor yang paling utama hanyalah untuk mencari kawan dan untuk berhibur semata(share lagu,game dan lain-lain)..content site memaparkan profile diri, publish gambar menyebabkan ramai yang tertarik untuk developed website/blog sendiri.

Jika dibuat perbandingan site yang kandungannya ke arah pro islam atau isu semasa, info yang berguna dan penyebaran maklumat yang berguna sangatlah kurang, dan kajian menunjukkan majoriti mahasiswa UTM hanya suka berhibur, tidak cakna dengan isu semasa, kalaupun cakna isu semasa hanyalah isu yang berkaitan artis-artis sahaja yang menjadi pujaan.
Ana kurang pasti sejauh mana kelahiran site seumpama ini mampu menyumbang kepada masayarkat, agama dan negara. Ana terfikir alangkah baiknya kalau penggunaan internet untuk website individu oleh pelajar utm yang dominate itu digunakan sebagai medium penyebaran maklumat yang tepat kepada masyarakat tidak sekadar untuk berhibur. Timbul persoalan di kepala ana, bagaimana mahu mengajak pemilik web site ini untuk mengubah content site mereka yer?????????????
Mungkin juga kita sebagai pembaca tidak keluar dari kepompong kita, hanya berlegar memberi comment kepada blog-blog or site yang islamik sahaja ataupun pendek kata blog atau site yang baik-baik sahaja. Sekali sekala kita perlu juga berziarah ke atas site kenalan yang kurang pro-islam, isu semasa dan perkongsian yang tidak berfaedah(namun kuatkan iman jangan sampai berziarah ke site tersebut hingga melalaikan) tidak cukup berziarah sahaja tinggalkan comment membina anda keatas site tersebut . Manatahu dengan izin Allah mungkin melalui comment anda mampu mengubah site yang berunsurkan hiburan dan kurang berfaedah kepada site yang lebih berfaedah kepada masyarakat,agama dan negara :) Bagi yang ada friendster dan seumpamanya gunakan medium ini untuk gegarkan dakwah kalian.

Lagi beberapa perkara yang perlu ditekankan bagi sahabat yang belum mempunyai website ataupun blog segeralah bertindak untuk develop site anda sendiri, free sahaja cuma perlu berkorban masa. sebab samaada sedar mahupun tidak kita mengalami masalah yang agak rumit iaitu ancaman kelahiran berjuta-juta website pornografi(lucah), yang sebenarnya inilah punca utama kerosakan iman muda mudi pada masa kini, yang paling membimbangkan generasi muda remaja dan kanak-kanak terlalu mudah terpengaruh dengan website ini. Ana tidak menyatakan statistik peningkatan web site tersebut disini, pembaca boleh cari di search engine Google kalau mahu tahu statistik tersebut. Dunia sanggup menghabiskan banyak belanja untuk mengasilkan website pornografi kerana keuntungan yang diperolehi pasti berlipat ganda. Bagaiman pula dengan kita nak wat blog yang free pun agak malas..apabila ana bertanya kepada beberapa orang sahabat jwapan nya MALU untuk menulis dan membuat blog..alasan yang tidak releven kan, Malu biarlah bertempat kita masi lagi boleh beralasan dalam keadaan dunia internet menjadi penyumbang keruntuhan umat islam??? cuba bandingkan kelahiran website yang berunsurkan perkongsian yang berguna sangat sedikit berbanding kelahiran website yang melalaikan. so menjadi tanggungjawab kita untuk mengatasi masalah ini denga nberusaha tidak mampu usaha yang besar, usaha yang kecil dengan membuat blog ini pun sudah memadai. sekurang-kurangnya ada jawapan kita apabila berhadapan dengan Allah nanti. kita perlu ingat bahawa internet merupakan satu medium penyebaran maklumat berguna dan paling lebih cepat serta boleh dijadikan medium dakwah yang perlu kita gunakan sebaik mungkin..

Setakatni dahulu perkongsian ana..sebelum tu suka ana mencadangkan beberapa perkara

*Jom kempen bersungguh-sungguh ajak sahabat-sahabat untuk buat blog, galakkan kepada ahli-ahli/ adik-adik usrah untuk menghasilkan blog ataupun site yang seumpama.
* Semoga usaha kita yang kecil ini dapat menambah kelahiran site-site yang berguna di internet

Perkongsian yang mugkin biasa sahaja, tetapi ana berharap kita mengambil serius perkara ini dan menggunakan akal untuk berfikir.

wassalam.










Friday, April 10, 2009

RUMAH UMI SALAMAH

Malam itu adalah malam giliran Umi Salamah. Maka pergilah Rasulullah SAW kerumahnya, ketika malam telah mulai larut dan keheningan telah mencekam, bangkitlah baginda dari tempat tidurnya tanpa mengusik sedikitpun kelelapan Umi Salamah dalam tidurnya. kemudian baginda berjalan menuju kehadapan rumah.

beberapa saat kemudian terbagunlah Umi Salmah. bertapa terkejutnya ketika ia mengetahui bahawa Rassulullah tidak ada di tempat tidurnya. perasaan risau segera menguasai dirinya sebagaimana perasaan wanita pada umumnya, yang cepat mengalami kegusaran. secepatnya ia bangkit dari tempat tidurnya. dicarinya Rasulullah SAW disetiap sisi-sisi rumah dan didapatinya baginda sedang bermunajat kepada Allah disuatu sudut.Baginda tengah berdoa sambil menangis. sayup-sayup terdengar isak tangis Baginda. Baginda  memohon

"Ya ALLAH jaganlah kiranya ENGKAU cabut daripadaku kebaikan yang telah ENGKAU limpahkan kepadaku, wahai Tuhanku janganlah kiranya Engkau gembirakan musuh-musuhku dan orang-orang yang dengki kepadaku, lantaran mereka menyaksikan penderitaan menimpa diriku, Ya ALLAH jaganlah kiranya ENGKAU masukkan aku kedalam kehinaan yang telah ENGKAU selamatkan aku daripadanya. jaganlah kiranya ENGKAU perbuat semua ini selamanya. Ya ALLAH, janganla kiranya ENGKAU biarkan aku memikul beban berat sendirian, walau sekejap mata sekalipun"

munajat Rasulullah SAW sangat menyentuh perasaan Umi Salmah. Ia menangis tersedu-sedu, mengakibatkan Rasulullah SAW terhenti dari munajatnya, didekatinya Umi Salmah seraya bertanya:

"apa gerangan yang menyebabkan kau menangis?" jawab Umi salmah "bertapa aku tidak menangis, sedangkan Engkau dalam kedudukan yang ditentukan Allah sebagai Nabi, masih juga menangis. Bagaimana pula aku sebagai orang biasa?

Moral dari cerita diatas bagaimana pula dengan diri kita?sedangkan Nabi yang mendapat jaminan syurga ALLAH masih menangis dan isteri nabi yang sememangnya mendapat bimbingan direct dari Rasulullah merasa sangat risau akan dirinya sehingga menagis tersedu-sedu...ana yakin kita masing-masing pun tidak ada jawapan yang tepat untuk diri kita. apa yang penting sama-sama kita muhasabah sejauh mana kebergantungan kita kepada ALLAH swt bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah perkara yang besar.Waullahua'lam
wslm.

sumber : Cerita inspirasi untuk kecemerlangan diri Wanita

Wednesday, April 8, 2009

Alhamdulillah...

Salam buat semua,..

Lama sudah tidak update blog..harini ada kesempatan sedikit..emm da tukar template pelik je gambar buah Strawberry jadi hiasan ... pelik kan tapi ana suka subhanALLAH tengok picture strawbery tu qiut sangat :)

Tiada ucapan yang terindah terungkap di bibir selain memuji Allah s.w.t selepas menerima pesanan ringkas dari sahabat ana yang sedang praktikal di Perak. pesanan ringkas tapi memberi makna yang sangat besar. pesanannya berbunyi:

Salam, Alhamdulillah kemenangan di Bukit Gantang :-)

Alhamdulillah Rakyat sudah bijak memilih pemimpin yang sepatutnya, doaku moga-moga di negeri kelahiran ana juga suatu hari nanti menjadi seperti Perak.. INSYAALLAH..
Moga-moga islam terus bersinar di seluruh Dunia sehinggalah kejahilan dapat diruntuhkan dari
akar umbinya.

"YA ALLAH BERILAH TAUFIQ DAN HIDAYAH MU KEPADA SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, BERILAH KEKUATAN KEPADA PEJUANG KEBENARAN DISELURUH PELUSUK DUNIA. AMIIN YAALLAH.
"






HJ NIZAR YANG KU KENALI




Apabila seseorang yang dihormati kerana kebaikannya, maka orang itu akan terus diingati. Inilah yang berlaku di Kelantan Darul Naim. Kebaikan yang dimiliki oleh sosok kecil Tok Guru, menundukkan ramai orang.

Mereka hormat kerana sayang bukannya takut. Tok Guru tidak pernah menjatuhkan aib sesiapa. Maka, itulah sedikit bayangannya muncul di Perak, lewat perlantikan tanpa duga Ir Nizar sebagai Menteri Besar.

Lama dahulu…jangan kata orang Kelantan, kami di Perak pun tidak mengenali sangat sosok tinggi gagah Ir Nizar. Bahkan, mungkin jika terlanggar bahu di pasar, kami mengingatkan dia seorang cina.

Matanya yang sepet dan iras wajahnya memang seorang cina, kerana ibunya memang seorang cina. Rupa-rupanya, Allah SWT menyimpan Ir Nizar untuk menjadi MB kami. Sungguh tak disangka.

Apabila Ir Nizar menjadi MB, baharulah rakyat sedar siapa beliau.

Bukan sekadar jaminan kelayakan akademik yang begitu tinggi…tetapi juga pakej lain yang ada pada diri Ir Nizar. Saya sendiri tidak menyangka, dengan imej seorang aktivis PAS berjanggut sejemput itu, dia rupa-rupanya adalah manusia yang hebat seakan bayang Tuan Guru yang muncul di Perak.

Barulah kami tahu, Ir Nizar bukan sekadar seorang jurutera lulusan luar negara; tapi juga seorang 'ustaz' yang sering mengajar di masjid dan surau. Nizar juga bukan sekadar petah berpidato di pentas politik, malah petah bicaranya di mimbar masjid. Nizar yang ada bukan sekadar fasih berbahasa Melayu; tetapi juga Inggeris, Cina, Tamil dan Arab!

Apabila Ir Nizar memberikan ucapan sulungnya di hadapan ribuan rakyat Perak berketurunan cina, ramai yang terkedu apabila beliau berkomunikasi dengan lidah cina. Bukan satu dialek, tetapi tiga. Jarang orang Melayu-Islam-PAS yang mampu bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Mandarin. Tapi Ir Nizar boleh!

Apabila Nizar bertamukan orang India, maka lancar sahaja lidahnya berbahasa tamil. Sekali lagi kami terkedu. Apakah Ir Nizar ini anak 'buluh betung' yang mampu berbicara dengan sesiapa sahaja?

Apabila menceritakan komunikasinya dengan Pak Arab dari Timur Tengah, Ir Nizar menceritakan bahawa dia berbicara dengan bahasa yang sama dengan mereka. Lalu ia memudahkan 'cerita' dan Pak Arab setuju datang melabur ke Perak. La…rupa-rupanya Ir Nizar kami fasih juga berbahasa Arab!

Bahasa Inggeris…Bahasa Melayu…jangan cakaplah. Jika sudah bertahun di luar negara mengaji ilmu kejuruteraan, takkan tak reti bahasa Inggeris. Jika sudah keturunan Melayu, takkan jelek berbahasa Melayu!

Kemudian, kami di Perak tambah teruja apabila MB kami ini rupanya sangat sayangkan Bahasa Melayu. Siapa pun tidak menyangka, rupa-rupanya dek kerana sayangkan bahasa ibundanya sendiri, maka Ir Nizar lama sebelum menjawat jawatan MB telah membawa anaknya menyaman Kerajaan Malaysia . Samannya berasas, kerana Kerajaan Malaysia telah melanggar hak Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan Perkara 152. Sungguh bangga kami mempunyai MB seperti Ir Nizar…sayangnya bukan setakat di mulut tapi di kota apa yang dikata.

Apabila bergelar MB pun, Ir Nizar tetap mengekalkan watak seorang lelaki biasa. Tidak pula kelihatan dia memasang 'body guard' keliling pinggang. Bahkan, apabila Nizar menjadi MB lah, maka kediaman Menteri Besar di Ipoh makin terbuka untuk rakyat. Merasalah kami memijak aspal dan rumput di dalam kawasan kediaman MB. Jadilah…

Ir Nizar tidak malu pun untuk menikmati nasi bungkus di pejabatnya. Samalah dengan Tuan Guru mentornya di Kelantan. Nasi bungkus sudah jadi santapan biasa. Bukan haram pun…bahkan itulah yang rakyat suka.

Apabila diteropong kepada isterinya pula, lega hati…tak adalah pula Datin Seri Fatimah sudah naik 'tocang' dengan ternobatnya suami menjadi MB.. Masih lagi bertudung litup, masih sopan berkerudung dan berkurung. Masih sopan melayan tetamu dan pengunjung. Tidaklah berubah menjadi 'kaduk naik junjung.'

Anak-anak Ir Nizar lagilah…sungguh kami tak sangka, MB kami ini berwawasan akhirat melampaui dunia yang singkat.. Anak-anaknya dihantar ke Timur Tengah, belajar syariah dan menjadi hafiz Quran. Samalah juga seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak-anaknya alim dan warak…samalah seperti ayahandanya.

Itulah…sejuk hati kami rakyat Perak ber-MB-kan Ir Nizar. Tapi…selalunya orang yang baik memang ada yang berdengki. Maka, dilemparkanlah fitnah dan tohmah. Disebarkanlah berita palsu dan dakyah. Semuanya agar imej MB Ir Nizar yang baik bertukar comot dan kelam.

Semuanya ditangani dengan baik oleh Ir Nizar. Namun, kami rakyat Perak sedar…tidaklah semuanya sempurna 100 peratus. Adalah sedikit-sedikit kesalahan yang beliau terbuat atau terlepas pandang. Namun, semuanya masih boleh dimaafkan. Bukanlah besar sangat pun.

Malangnya, kesalahan kecil itulah diperbesarkan. Isu pemberian tanah kepada orang cina menjadi bahan utama. Kasihan MB Nizar. Takkanlah memberi tanah kepada rakyat Perak itu salah. Lainlah memberikan tanah kepada orang Singapura…macam terlepasnya Pulau Batu Puteh…tapi, penjelasan dan penafiannya tidak didengari. Mereka asyik mengecam dan mencaci. Kasihan MB kami.

Kini, puaslah agaknya hati para pendengki itu. Mereka sudah berjaya menafikan hak MB kami. Ir Nizar dipaksa turun dari jawatannya. Mereka peralatkan sultan. Mereka peralatkan media. Mereka jaja nama tuanku. Kononnya Ir Nizar sudah derhaka. Lalu, mereka angkat sumpah menjadi MB baru…walaupun MB Nizar masih MB yang sah.

Inilah cerita MB kami, Datuk Seri Hj Ir Muhammad Nizar Jamaludin. Anak Kampar Perak yang membesar di sekolah cina, belajar hingga ke England dan akhirnya mampu berkhutbah di mimbar masjid dan berceramah agama di mana-mana. Sayang…seorang teknorat agama seperti ini difitnah oleh orang seagama, yang kemaruk kuasa.

Tapi kami yakin…tak lama lagi, beliau akan jadi MB semula. Kami yakin…kami percaya, kerana kami pegang janji Allah…siapa yang tolong Allah maka Allah akan menolong mereka dan meneguhkan tapak kaki mereka. Amin…!


Friday, April 3, 2009

BAIT MUSLIM : ALTERNATIF @ KESEMPATAN?


salam buat semua artikel ni naqibah ana email,,,ambil yang baik2 saja :)



:Perkongsian Daripada Sahabat DKIAS

Saya sangat-sangat tidak mengetahui sejak bilakah Unit ini ditubuhkan, siapa dan dimana. Yang pasti sudah terlalu lama.

Ketika berkongsi pengalaman dengan kami beberapa orang sahabat bersama Ust Ilias Ahmad yang sinonim dengan sapaan Pok Su Li sering menceritakan pengalaman beliau ketika memimpin PMRAM di Mesir.

Katanya “ Bait Muslim di Mesir yang digerakkan oleh PMRAM tujuannya sebagai pembantu kepada mereka yang sudah memerlukan sangat perkahwinan. Unit ini diketuai dan dipegang oleh mereka yang sudah berkahwin. Merekalah yang memberi kaunseling, nasihat, tunjuk ajar dan lain-lain keperluan untuk individu yang berhajat ini”.

“ Tetapi, agak pelik di Malaysia ini, kampus-kampus yang ada Bait Muslim sudah agak ‘jauh’ cara pelaksanaanya tidak sebagaimana yang digerakkan oleh PMRAM.” Kami tidak faham apa maksudnya. Beliau lantas menerangkan “ kalau disana, kita membantu menyelesaikan mana-mana individu yang sudah memerlukan sangat…tapi disini sudah jadi ruang untuk mencari pasangan sesama ahli jama’ah. Muncul istilah ‘cop’ lebih awal…” akhirnya semua ahli jama’ah masing-masing sudah ada pasangan masing-masing”. Begitulah lebih kurang komentar Ust dihadapan kami yang membuatkan kami berfikir.

Ini jauh dari matlamat asal Bait Muslim yang bertujuan membantu menyelesaikan masalah, bukan menjadi wasilah untuk mencari pasang-pasangan kepada ahli. Padahal saat itu, ahli bukanlah berkeperluan yang mendesak lagi.

Bait Muslim : Kelurusan Pelaksanaan.

Di Mesir, ianya adalah unit terbuka yang dikawal selia oleh PMRAM dan boleh dimanfaatkan oleh seluruh mahasiswa disana dengan beberapa peringkat seperti pengisian borang, makluman kepada Pengerusi Bait Muslim, diadakan pertemuan antara 2 individu tersebut dirumah ustaz-ustaz penasihat unit ini, dibincangkan, dan ditanya kepada kedua-dua pihak, tempoh sehinggalah tarikh perkahwinan serta nasihat-nasihat dan syarat-syarat agar hubungan tersebut dapat dipelihara dalam tempoh sebelum perkahwinan.

Itulah sedikit sebanyak yang saya ketahui dari teman-teman disana. Syukran ya teman-temanku. .

Adapun pelaksanaanya di kampus-kampus di Malaysia mungkin hanya sebatas kepada anggota persatuan mahasiswa Islam atau gerakan dakwah kampus sahaja kerana gerakan dakwah tidak menguasai kampus sepenuhnya. Saya optimis bahawa kaedah pelaksanaannya hampir sama sahaja. Jika ada perbedaan pun, mungkin sedikit sahaja khas berkait perkara yang menjadi khilaf sahaja.

Pandangan sahaja:
1)Jika seorang lelaki mahukan kepada seorang wanita, sebaiknya gunakanlah mana-mana muslimat lain yang terpercaya ( mungkin daripada Unit ini) untuk memaklumkan hajat anda kepada wanita tersebut. Elakkan terus berhubung dengan wanita itu kerana dipertengahannya penuh mudarat yang tidak dijangka. Ini juga kerana wanita lebih mengetahui mengenai teman
wanitanya. Maka biarkanlah mereka yang amanah ini menjadi wakil anda.

Peringatan! jangan terlalu cepat dan mudah untuk meluahkan isi hati kepada mana-mana lelaki atau wanita jika anda masih mempunyai keraguan atas kesedian anda untuk berbicara soal perkahwinan, jika tidak perhubungan anda hanya akan menjadi alat bermesra-mesraan dalam tempoh yang panjang yang tidak diketahui kesudahannya.

2)Maklumkan segera kepada penasihat, ustaz/ustazah, atau mas’ul kepada unit ini tentang hasrat anda dan keputusan kedua-dua pihak. Jangan anda melaju berlayar dalam perhubungan sementara ini tanpa dimaklumkan kepada mereka yang bertanggungjawab.

3)Jika masing-masing telah mempersetujui, maka solusi terbaiknya, putuskan perhubungan sehinggalah sampai hampir kepada tarikh yang ditetapkan.

Peringatan:
Maaf, saya tidak bersetuju jika ada yang membuka ruang kebenaran saling menyampaikan tazkirah, nasihat menasihati dan saling memberi semangat dan motivasi. Tiada perhatian khusus yang dihalalkan kepada anda melainkan dengan jalan pernikahan.

Saudara, istilah ‘taqdim’ bukan bererti anda yang mengconfirmkan dengan penuh confidence bahawa perhubungan anda itu benar-benar akan sampai kepada majlis perkahwinan.
Letakkanlah segala-galanya kepada Allah dan berdoalah agar jika dia yang terbaik untuk anda, maka kekalkan dia untuk anda, jika tidak, serahkan kepada Allah. Permohonan kepada Allah mesti diteruskan.

4)Elakkan dalam tempoh yang terlalu lama dalam ikatan sementara ini. Nafsu sebenarnya memberontak dan menjerit-jerit agar anda berhubung juga dalam tempoh ini (rujuk artikel sebelum ini).

Catatan:
Tempoh lama atau tidak tergantung kepada anda sebenarnya. Sejauhmana kita mampu bertahan dengan nafsu dan mudarat-mudarat ditengah ikatan sementara ini.

5)Jadikan ikatan sementara ini hanya sebagai simpanan rahsia anda dan individu-individu tertentu seperti mas’ul sahaja. Jangan jadikan ianya kebanggaan untuk dicerita-ceritakan kepada orang lain. Mungkin, Allah mentaqdirkan terputus ditengah-tengah ini, maka sakit bagi anda untuk menerimanya kerana sudah diwar-warkan berlebih-lebihan.

6)Jangan jadikan wanita atau lelaki pilihan anda ini sebagai bahan gurauan bersama teman-teman. Peliharalah maruahnya. Berhubunglah dengan mengharapkan redho Allah. Bukan percintaan monyet muda-mudi yang tidak menghayati agama. Seriuslah ! Matanglah ! Anda sedang membina kedewasaan.

7)Berdoalah agar anda dijauhkan dari maksiat, kekejian dan perhubungan haram dalam tempoh ini. Permulaan dengan mengenepikan redho Allah akan berakhir dengan penghinaan Allah. Pastikan dan usahakan mencari kebersihan dalam perhubungan ini.

8)Sibukkan diri anda dengan tugasan dakwah, pengajian seperti biasa dalam tempoh ini. Kelapangan waktu membuatkan anda masih sempat berkhayal tentangnya. Berhati-hatilah. Jangan sampai ibadah kerananya, pengajian kerananya.

9)Dalam membuat keputusan, banyakkanlah beristikharah dan memohon petunjuk dari Allah. Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita. Jangan ‘mendesak’ Allah menerima kehendak kita, bimbang Dia memberi dengan campakan, maka kita akan menggigit jari kelak.
Baiklah, teman-teman seperjuanganku sekalian. Sudah menjelang pagi saya menulis artikel ini. Ini hanya pandangan peribadi sahaja, Kalian berhak memberikan pandangan, kritikan dan komentar lain yang dirasakan baik. Maafkan kekurangan dan kesilapan saya. Saya juga seperti kalian dalam isu diatas. Mudah-mudahan Allah memelihara kita ��" salam perjuangan.