Monday, June 8, 2009

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


> Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
> Murid 1 = ' Negeri Cina '
> Murid 2 = ' Bulan '
> Murid 3 = ' Matahari '
> Murid 4 = ' Bintang-bintang '

> Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama '.

> Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?

> Murid 1 = ' Gunung '
> Murid 2 = ' Matahari '
> Murid 3 = ' Bumi '

> Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al A ' raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita
membawa ke neraka.


> IMAM GHAZALI ' Apa yang paling berat didunia? '
> Murid 1 = ' Baja '
> Murid 2 = ' Besi '
> Murid 3 = ' Gajah '

> Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

> Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
> Murid 1 = ' Orang tua '
> Murid 2 = ' Guru '
> Murid 3 = ' Teman '
> Murid 4 = ' Kaum kerabat '

> Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


> Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
> Murid 1 = ' Kapas '
> Murid 2 = ' Angin '
> Murid 3 = ' Debu '
> Murid 4 = ' Daun-daun '

> Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

> Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
> Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

> Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

P/s sampaikanlah walau satu ayat ' ...

Wednesday, June 3, 2009

JOM TONTON

BISMILLAH,

Salam

Cuti-cuti begini pastinya ada masa terluang yang kadang-kadang kita tidak sedar,buat-buat tidak sedar spend more time utk benda-benda yang tidak berfaedah..such as drama korea yang beratus episod, drama indonesia ,drama china , filem hindustani & Tamil, drama mat saleh , hiburan muzik tanah air dan luar negeri, game dan sebagainya..
Memang fitrah manusia sukakan hiburan,,namun jangan sampai tersalah pilih hiburan..nanti merosak diri sendiri..sejauh mana hiburan seumpama ini membantu kalian, apa yang telah dipelajari melalui hiburan-hiburan seumpama ini, kalau pun ada pastinya terlalu sedikit faedah dan manfaatnya( itupun kalau ada). Yang pastinya keburukan lebih banyak diperolehi daripada hiburan seperti ini. so mari kita tukar cara berhibur yang salah itu..cuba tonton cerita ini

p/s semoga bermanfaat buat semua..

BERHIBUR + TAMBAH ILMU












"kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itu lah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui"
(AL_ANKABUT :64)

Monday, June 1, 2009

Aku tinggalkan cinta kerana Dia


Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki
yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti
amat menyayatkan hati? L

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri,

apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan
agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi
dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk
hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati
pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan
kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya
hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya
kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya
percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan
lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah
lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk
hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang
paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa
kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan,
bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama
stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya
tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir
bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang
sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke
mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam
mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan
tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah
yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah
bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas
urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangka n. Saya seorang yang amat kuat
bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata
teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat
menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia
mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa
perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu
saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu
melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,
saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya
perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk
waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang
baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa
sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak
dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap
dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama
yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya
zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan
mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan
hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi
dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka
anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan
menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and female
except for what is very important and official between them. So, may I
know what kind of relationship you are having now and I want to hear
it from your mouth that it is legal in what you have been learning
until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o¬ne, you
can never build it o¬n what Allah has stated as wrong and proven false
by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come
from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed
if the first step you make is by stepping into what He has prohibited.
You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you
must know in every family that stands until their dying day, they have
Allah o¬n their side. You can't expect Him to help you if you did the
wrong step from the very beginning."


Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan
dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan
kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah
saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca,
tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah
lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak
mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh
kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh
lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya
dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya,
dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami
betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat
untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan
berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran
kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah
yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya
untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya
satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga
yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt
panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,
saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri
di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu
bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya. "

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki
dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan
puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan

-dr sorg sahabat-


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Al-Isra [17:32]


Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-Baqara [2:129]


Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

Al-Baqara [2:235]


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Al-Baqara [2:284]


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Aal-e-Imran [3:8]