Wednesday, July 29, 2009

JOM KEMPEN !!!

Perkongsian bersama..

Nur aneesa fahmeeda
Politeknik Khuching Sarawak

Bismillahirahmannirahim

Alhamdullilah,syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya telah melembutkan hati saya untuk menerima hidayah yang begitu besar pemberianNya.Kini saya adalah salah seorang dari saudara islam,yang mana islam adalah martabat yang tertinggi di mata dunia.Memang begitu besar kuasa Allah s.w.t,kurniaan yang sangat berharga bila pertama kali mengucap dua kalimah syahadah.Sudah tertulis dalam carta hidup saya yang mana saya akan menjadi salah seorang dari umat Nabi Muhammad s.a.w.Syukuran.
Tanggal 10 Oktober 2005,pukul 10 pagi mutlaklah saya menjadi saudara baru dalam agama islam.Saat saya mengucapkan dua kalimah syahadah hati terasa berdebar-debar ,bermacam-macam persoalan yang timbul di benak fikiran.Sungguhpun banyak godaan yang memutar belit di fikiran tapi saya tetap dengan keputusan saya.Saya yakin dan nekad dengan perkara yang akan saya lakukan itu.Selesai saja majlis itu hati saya terasa kosong seolah-olah saya berada di alam sendiri tanpa ada seorang insan pun di dunia.”Subhanallah betul ke aku ni”…saya berkata-kata sendiri.Ya Allah ini adalah keputusan aku,aku kena kuat menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang yang mana aku akan di duga dengan dugaan yang lebih besar.Ya Allah apa yang berlaku dalam hidup aku ini sebenarnya apa yang telah Engkau catatkan untuk aku.Aku sungguh berterima kasih dengan ketentuan yang telah Engkau berikan pada aku.Islam adalah agama yang suci dan indah sehinggakan tak dapat untuk di ungkapkan dengan kata-kata.Bersyukurlah kepada sesiapa insan-insan yang telah bergelar islam dari kelahirannya dan hargailah hidup ini sebaik mungkin kerana hidup kita hanya sekali sahaja.
Halangan sebelum memeluk islam tu memang ada tapi tidak terlalu teruk.Keluarga saya beragama kristian.Pegangan mereka kuat terutama sekali ayah saya.Sebab itulah mereka mengetahui saya memeluk islam selepas 6 bulan.Saya hanya berhubung melalui
telefon.Setelah 2 tahun berlalu barulah saya menemui keluarga saya.Rasa takut tu memang ada tapi saya kena kuatkan hati.Saya berkata sendiri sampai bila nak melarikan diri.Hubungan saya dengan ayah masih tegang ketika itu.Tapi sebagai seorang anak dan orang islam saya yang harus memulakan untuk memulihkan hubungan kekeluargaan.Alhamdullilah sekarang hubungan saya dengan keluarga saya semakin baik.Selalu juga saya melawat keluarga saya di kampung.Mana nak buang darah daging sendiri.Saya bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan saya.Minat saya terhadap agama islam sebenarnya bermula ketika sekolah rendah.Itu pun rasanya dalam tak sengaja kerana ketika itu saya suka menbaca buku kisah-kisah nabi.Tertarik hati untuk mengetahui tentang islam,tapi ketika itu hanya untuk suka-suka saja.Tak terfikir pun untuk memeluk agama islam seperti yang berlaku pada saya sekarang ini.Bukan senang bagi saya yang lahir sebagai seorang kristian untuk minat dalam mendalami agama islam.Ini kerana pada waktu itu sungguhpun minat terhadap islam sudah terbit tapi saya bercita-cita untuk menjadi seorang rahib.Sungguhpun begitu saya masih tertanya-tanya dan seringkali meneliti antara dua agama ini secara seimbas.Dan juga tak saya temui jawapan yang selalu bermain di fikiran.Bukan senang untuk kita mendapat apa yang kita inginkan tanpa usaha.Begitu juga dengan hidayah yang telah saya cari untuk kehidupan yang abadi.
Setelah saya memeluk islam saya telah di duga dengan dugaan yang tidak juga terlalu berat tapi tidak mudah untuk saya menangkis.CINTA…Itulah dugaan yang saya lalui.Saya sendiri tidak tahu mengapa cinta itu yang telah menghalangi cinta saya kepada Allah s.w.t.Sungguh tiada niat di hati langsung tapi itulah hakikat yang perlu saya hadapi kerana cinta hakiki yang perlu saya kejar adalah cinta kepada Allah s.w.t.Alhamdullilah kini saya telah kembali ke jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t yang mana saya telah mengejar cinta Allah tanpa perlu memikirkan cinta duniawi.Saya tidak pernah menyesal dengan ketentuan yang telah tertulis untuk saya.Sesungguhnya saya bersyukur dengan ujian yang telah Allah berikan pada saya kerana dengan itu saya tahu setakat mana keimanan yang ada dalam diri saya dan Allah masih memberi peluang untuk saya
bertaubat.Sesungguhnya jalan ke pintu syurga terbuka untuk siapa saja yang ingin bertaubat.InsyaAllah jalan yang terbaik adalah jalan yang telah ditentukan oleh Allah dan jangan terjerat dengan cinta duniawi yang melampaui batas.Ituah kata-kata yang seringkali menjadi pendamping bagi saya untuk tidak terjebak dengan dosa yang telah saya lakukan dahulu.kini saya tinggal bersama keluarga angkat yang mana mereka banyak membantu saya dari pelbagai aspek keagamaan sehinggalah cara hidup sebenar orang islam.Yang penting segala yang bermula dari Allah pasti akan kembali pada Allah.Amin.Wallahualam

Wednesday, July 1, 2009

Lelaki Cantik, Wanita Gagah :)

Kecantikkan seorang lelaki

Bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita/women

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.