Saturday, October 31, 2009

TERSENTUH HATI

Bismillah walhamdulillah
selawat dan salam buat junjungan mulia, insan yang dirindui Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat baginda.

Lagu ni sangat menyentuh hati...

DEBU-DEBU DOSA


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

Monday, October 26, 2009

WAHAI ADIKKU, MUNGKIN KITA DIPANGGANG NERAKA

sumber : http://dzulkhairi.blogspot.com


Seorang adik menghubungi saya baru-baru ini. Ia mengadu masalah seorang sahabatnya yang hampir berzina. Saya tidak terkejut sangat mendengarnya meskipun sahabat itu adalah seorang ahli gerakan Islam. Bagi saya, ahli mahupun tidak, ia tidak terlepas daripada buruan syaitan dan bisikan nafsu. Semakin merapat ia kepada Allah, semakin syaitan berusaha menjatuhkan keimanannya dalam lembah maksiat.

Adik saya itu kelihatannya tidak tenang. “Ustaz Dzul, ana tidak dapat tidur semalaman memikirkan perkara itu. Ana sangat sedih.” Begitulah lebih kurang mesejnya. Saya menyedari kesedihan menguasai dirinya menyebabkan emosinya agak kurang tenang.

Saya bertanyakan beberapa persoalan kepadanya. “Dik, agak-agaklah, siapa lebih mulia, enta ke dia? Boleh tak enta sebut pada ana, adakah enta masuk syurga dan dia masuk neraka?” Adik saya itu terdiam dan kemudian memberikan respon. “Masya Allah ustaz, dia lebih mulia daripada ana.”

Saya tidak mahu memberikan jawapan yang panjang lebar kepada dia. Saya hanya meminta agar adik itu menuntun kehendak nafsu sahabatnya. Seseorang yang tenggelam dalam lembah maksiat, kemungkinan akan mengakhiri hidup di lembah keimanan.

Bak kata saudara saya Zahiruddin, “Yang kita bimbang adalah kesudahan hidup kita.” Ya, ketakutan orang siddiq adalah su’ul khatimah. Mungkin ia merupakan orang yang mulia dalam hidup tetapi penghujungnya adalah buruk.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”

Maka sahabat, apa guna kita berlagak sombong, dengan jawatan dan aktifnya kita. Ingin saya berpesan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat saya,

“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang Berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”
Alangkah, saya teringat pesan saya kepada sahabat-sahabat yang mengambil bidang kedoktoran.


“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”

Wednesday, October 21, 2009

Setiap Kali



Setiap kali mendapat nikmat
Jarang kusedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Kumengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan


Oh tuhan yang maha penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan
Durjana yang sentiasa mengarahku
Kepada kemurkaanmu
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

Monday, October 19, 2009

Aku ingin Menjadi sepertinya.


Bismillah walhamdulillah.

Selawat dan salam buat Junjungan mulia Rasulullah s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat.


Aku ingin menjadi sepertinya,
menjadi buah hati Rasullah s.a.w,
menjadi Puteri kesayangan Baginda,
Sirah hidupnya seorang yang qanaah.
Seorang isteri dan anak yang soleha,
seorang yang terpuji dengan kesabaran
kesabaran menjadi tradisinya,
Kuat menharungi kehidupan,
mempunyai jiwa belas kasihan
selalu memelihara kesucian diri.
lidahnya tidak bergerak kecuali berkata kebenaran
membalas kejahatan dengan kelembutan
selalu memuji ALLAH swt,
gelaran al-batul menjadi miliknya.
kerana kesempurnaan dan kepasrahannya kepada Allah swt.
Dialah Fatimah az Zahra puteri Rasulullah SAW.

Fatimah mengaminkan sabda baginda :
""""
'' Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang, Allah mengenal mereka.akn tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui jati diri mereka. mereka adalah pelita hidayah dan sumber ilmu pengetahuan.kepada mereka tampak setiap fitnah orang-orang zalim.mereka adalah orang-orang yamng mampu menyimpan rahsia dan tidak berperangai kasar.""""""
Rasulullah membaca ayat yang diturunkan Allah dihadapan Fatimah

janganlah kau jadikan harta benda dan anak-anak sebagai suatu yang menakjubkan dirimu
(at-Taubah ayat 85)

dan janganlah sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah kami berikan kepada beberapa golongan diantara mereka sebagai bunga kehidupan didunia
(Taha:ayat131)

Nasihat suaminya Ali r.a

fatimah sentiasa mengingati nasihat suaminya

"'' hendaknya kau memiliki harapan dalam menjalani kehidupan ini, akan tetapi jangan kau muarakan harapanmu kepada manusia. kerana harapanmu kepada para manusia hanya akan membuatmu bercerita kata manis dan sikap kepura-puraan. sedang ketidakperluanmu kepada mereka akan menjadikan harga dirimu terpelihara serta kemuliaanmu kekal abadi.""''

apabila kita sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepada kita, redha dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita..maka perhalusi jiwa bahawa Allah sentiasa bersama kita, cukuplah hanya Allah bagi kita, pasti akan
Bertemu Ketenangan.

menitis air mata membaca sirah kehidupan puteri rasulullah ini , fatimah membesar dan menjadi saksi hidup perjuangan baginda, beliau melihat, mendengar dan merasakan setiap derap pergolakan dakwah baginda. Dan yang pastinya hati merasa cemburu denganya, namun jauh di sudut hati menyedari jauh sama sekali untuk membandingkan diri denganya..diri yang serba kekurangan, banyak kedaifan,..aku tidak mampu menjadi sepertinya, namun begitu Allah masih memberi peluang untuk mencontohinya..ya Allah beri hamba kekuatan untuk menjadi orang yang sentiasa berusaha mencontohinya untuk meraih cinta MU.


sekadar ini dulu perkongisan ana moga bermanfaat buat pembaca.

sumber bahan bacaan : BUKU KISAH CINTA DALAM AL-QURAN
(Bab 8, cinta wanita kepada Tuhan mereka)