Monday, November 16, 2009

Mahu Pilih Dahan Pohon Yang Mana ?

Pohon kikir ( Pohon dari Neraka ) atau Pohon dermawan ( pohon dari syurga)

Perna dengar nama pohon ini? Tahukah anda pohon kikir merupakan pohon yang berasal daripada Neraka, uniknya dahan pohon ini  ada didunia dan mahkluk yang bergelar manusia gemar mengambil dahan pohon ini, Pohon ini juga merupakan penyakit,
Sabda Nabi saw: "Berhati-hatilah kamu daripada sifat kikir, kerana ia adalah penyakit yang tidak terdapat dalam diri orang yang mulia 

Mahu jadi orang mulia? maka sifat kikirnya perlu dibuang segera ya..


Berhati-hatilah kamu daripada sifat kikir kerana ia adalah sebatang pohon daripada neraka dan dahan-dahannya ada didunia. Barangsiapa Bergantung pada salah satu dari dahannya, maka dia akan memasukkannya ke dalam api neraka (sya'bul iman : 10451)


Manakala Pohon dermawan pula berasal daripada syurga, dahannya juga ada di dunia seperti pohon kikir tadi, namun tidak ramai manusia yang gemar mengambilnya, namun begitu pohon ini sangat bermanfaat seperti yang diceritakan oleh Baginda saw bahawa "Orang yang dermawan adalah orang yang dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan dekat dengan syurga dan jauh dari api neraka. Sungguh Allah maha pemurah dan mencintai orang yang bersifat pemurah"

"Sifat dermawan adalah salah satu daripada pohon-pohon syurga. Dahan-dahannya menjulur kebumi. barangsiapa mengambil salah satu daripadanya, maka dahan itu akan membawanya ke Syurga" ( Riwayat Imam Al-baihaiq, sya'bul iman:10451)

 
Lepas ni sila la check diri  masing-masing dahan pohon apa yang telah kita ambil, jika dahan pohon kikir yang  telah diambil maka segeralah buang dahan tersebut. Namun begitu kadang-kadang kita tidak menyedari rupa-rupanya dahan pohon kikir ada bersama kita, walaupun telah di buang dek kerana sikap kelalaian  manusia yang bersifat insan, lalu melupakan dahan pohon dermawan dan lebih memilih dahan pohon kikir nauzubillahi minzalik. Jadi kenalah sentiasa check dan check selalu. dalam diri ada dahan pohon  apa. walaubagaimanapun jika mahu mengekalkan dahan pohon kedermawanan itu sentiasa bersama kita ,kita kenalah yakin bahawa setiap yang ada pada kita bukanlah milik kita semata ianya milik mutlak Allah swt. dan kuncinya Yakin dengan Sabda Nabi saw seperti yang tercatat diatas. Sama-sama kita berpaut pada dahan pohon dermawan tersebut agar mudah meraih Cinta Tuhan Yang Maha mencintai orang-orang yang dermawan.

"Ya Allah wahai yang Maha Kuat berilah kekuatan untuk kami berpaut di dahan pohon dermawan itu, amin Ya ALLAH."

Sekadar ini dulu perkongsian ana.

Selamat Beramal :)

Sumber Bahan Bacaan :  Kisah Cinta Dalam Al-Quran