Saturday, October 16, 2010

15~10~2010 genap 24 tahun

Bismillah walhamdulillah

Selawat dan salam buat kekasih hati Muhammad SAW, keluarga baginda , dan para sahabat.

Salam perjuangan buat semua kerana kita semua dilahirkan sebagai pejuang. sudah pasti perjuangan yang hakiki adalah tidak lain tidak bukan pastinya perjuangan mencari Redha ALLAH SWT.

Pejam celik genap usia ana kini 24 tahun 2 hari, Pesan abang ana hati-hati sudah 24 tahun, pesanan yang penuh makna hanya membalasnya dengan senyuman. Bagi setiap individu sudah tentu hari kelahiran itu merupakan hari yang penuh bermakna. Namun demikian bagaimana mahu menjadikan hari kelahiran itu menjadi hari yang penuh makna? ada yang merasakan bila tiba hari kelahiran mesti sambut dengan tiup lilin potong kek jadilah hari itu penuh makna, ada juga yang mahu menyambut hari kelahiran bersama berdua dengan kekasih hatinya walaupun belum menjadi kekasih halalnya yang ni tidak seharusnya berlaku, kita berlindung kepada ALLAH SWT daripada musibah sebegini, jangan kita menjadikan hari kelahiran itu hari untuk berbuat maksiat nanti tak pasal2 meninggal dunia malaikat cabut nyawa dalam keadaan bermaksiat. Dahulu zaman2 duduk hostel lain cerita lagi, ada kawan-kawan yang merancang untuk mengenakan dengan menyiram air sebaldi pada orang yang menyambut hari kelahiran. ana juga perna hampir kena air sebaldi ni, namun plan itu tidak menjadi kerana  last minute kawan2 ana tidak sampai hati menyiram ana. Alhamdulillah selamat pada waktu itu. Selain itu ada juga yang memilih untuk membaca Surah yasin khusus untuk menyambut hari kelahiran, dimana bacaan tersebut dihadiahkan buat muslimin dan muslimat yang sudah meninggal dunia, dalam masa yang sama bemuhasabah diri dengan pertambahan usia dan bila-bila masa akan menyusul saudara muslim yang telah meninggal dunia. Ada juga yang memilih untuk solat hajat dan berpuasa pada hari kelahiran sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH kerana masih diberikan nikmat hidup kepadanya. Dan sebenarnya ada banyak macam cerita berkaitan menyambut hari kelahiran ini yang dilakukan oleh pelbagai ragam manusia dan kita perlula bijak memilihnya  =).   

Apa yang ana nak kongsikan disini tidak banyak sedikit sahaja namun ana berharap ianya bermanfaat buat setiap mata yang melihat dan membaca catitan ini. 15 oktober 1986 merupakan tarikh kelahiran ana, dipendekkan cerita macam biasa  setiap tahun 15 oktober adalah hari yang penuh makna, bagi ana tarikh ini penuh makna kerana tarikh ini lah saat ramainya family, sahabat,rakan taulan yang mendoakan ana. macam-macam bentuk doa ana terima samada melalui email, wall Fb dan pesanan ringkas (sms) Alhamdulillah yang pastinya ana tidak jemu mengaminkan doa-doa mereka walaupun cukup banyak dan doa yang sama berulang. Bukankah ALLAH menyukai hamba2 NYA banyak meminta kepadanya dengan besungguh2?
terima kasih kepada sahabat2 yang mendoakan ana bagi ana itulah hadiah yang paling bermakna.Ada doa yang ringkas dan ada doa yang panjang, ingin ana kongsikan sebait doa yang ana terima, doanya seperti di bawah ---

Sebait doa di hari lahir

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah ketika/saat bertemu denganMu. Aku memohon kepadaMu agar... Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah ketika/saat kami menjadi rendah pada waktu menghadapMu ketika/saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. Aku memohon kepadaMu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepadaMu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu denganMu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepadaMu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.

Ya Allah, kepadaMu aku beribadah dan untukMu kami sholat dan sujud. KepadaMu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmatMu dan takut akan azabMu, sesungguhnya azabMu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu, kami meminta ampun dariMu, memujiMu dengan kebaikan, tidak kufur kepadaMu, tunduk kepadaMu dan mencabut siapa yang kufur kepadaMu.. Amin.

Barakallah fi umrina 

p/s [semoga Allah memberkahi usia kita semua]








Akhir kata semoga setiap usia yang berlalu , usia kini dan usia yang masih ada beroleh keberkatan ALLAH swt.
semoga kita dapat memaknakan hari kelahiran kita dengan melakukan pekara-pekara yang dapat mendekatkan diri kita kepada RABB kita.

2 comments:

z said...

ameen~ moga hidupmu dilimpahi rahmat tak putus2...biarlah umur bertmbah seiring bertambah ilmu dan amal... insyaALLAH ^_^

~Si Pemetik Buah Manis~ said...

amin yA ALLAH =)